AirAsia akan terus mempromosikan klia2 sebagai Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) dengan AS$5 juta (RM20 juta) akan dibelanjakan untuk kempen pemasarannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes.
"Dengan jangkaan lebih banyak LCCT (pada masa akan datang), kami akan memanggilnya LCCT KL, hab tambang rendah Asia, dan sehenti untuk ke mana-mana sahaja di Asia pada kadar tambang terendah," katanya menerusi laman twitter selepas menemui Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini hari ini.
AirAsia tidak akan membelanjakan wang tersebut di Malaysia tetapi di negara lain untuk mempromosikan klia2 seperti Lapangan Terbang Dubai, yang menjadi hab transit utama.
BACA: Tony pertahan cadangan jenama semula KLIA2 menjadi LCCT
BACA: Guna nama lain selain klia2 adalah satu kesalahan - MAHB
Beliau berkata dalam pertemuan selama dua jam itu, menteri telah mengambil perhatian mengenai pelan syarikat penerbangan itu untuk mempromosikan klia2 sebagai hab tambang rendah serantau.
Pertemuan antara Fernandes dan Liow itu untuk menyelesaikan isu antara AirAsia dan pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang telah menjadi pertikaian berhubung nama dan penjenamaan klia2.
"Pertemuan yang amat baik dengan Liow dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman. Paling penting adalah penerimaan bahawa terminal kita adalah hab tambang rendah.
"Isu penting bukan nama tetapi yang dipromosikan dalam terminal dan kepada dunia bahawa KLIA mempunyai hab tambang rendah dengan kadar tambang yang rendah," katanya dalam laman blog mikro, twitter.
Fernandes yakin Liow akan dapat mencari penyelesaian 'menang-menang' yang baik bagi AirAsia dan MAHB.
"Matlamatnya untuk mendapatkan lebih ramai penduduk ASEAN, Asia dan dunia menggunakan hab tambang rendah kami. Satu juta (orang telah melakukan perjalanan melalui klia2) setakat ini tahun ini. Kami mahu meningkatkannya. (Ini) akan menjadi amat baik kepada ekonomi," katanya.
Liow sebelum ini telah mengumumkan bahawa tiada perubahan nama pada klia2.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kementerian bersedia untuk mendengar cadangan AirAsia untuk meletakkan klia2 di peringkat antarabangsa sebagai terminal tambang rendah yang utama untuk terus meningkatkan sektor pelancongan dan penerbangan negara.
Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali hari ini berkata pengendali lapangan terbang itu mempunyai hak untuk mengekalkan jenama klia2 termasuk mengambil tindakan undang-undang.
Mengenai perkembangan lain, Fernandes berkata beliau telah membincangkan potensi untuk menjadikan lapangan terbang lama di Melaka sebagai terminal tambang rendah.
"Kami mahu menggunakan lapangan terbang Melaka. Kami telah berjaya dengan Lapangan Terbang Langkawi. Bagaimanapun, kami masih belum mendapat kebenaran MAHB untuk menggunakan lapangan terbang tersebut," katanya.
Beliau berkata AirAsia akan memulakan sektor Langkawi-Hong Kong dan syarikat penerbangan itu berminat untuk melaksanakan inisiatif sedemikian di Melaka.
Bernama
Wed Jun 29 2016
AirAsia tidak akan membelanjakan wang tersebut di Malaysia tetapi di negara lain untuk mempromosikan klia2. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.