Buat kali ke lima berturut-turut, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengungguli anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia.
Selain itu AirAsiaX turut memenangi anugerah syarikat penerbangan kos rendah terbaik - kelas premium dan tempat duduk kelas premium.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia,Datuk Kamarudin Meranun berkata, ia dedikasi berterusan syarikat itu dalam menyediakan perkhidmatan premium bagi rangkaian jarak dekat dan jarak jauhnya memberi sumbangan besar kepada kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik di dunia.
''Ia hasil komitmen warga kerja syarikat ini yang menghasilkan kepuasan kepada pelanggannya.
''Kita beri perkhidmatan kelas pertama walau dikenali caj tambang rendah. Itu yang menjadi rahsia AirAsia dipilih pengundi dalam tinjauan Skytrax selama ini,'' katanya selepas dianugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax semasa Pameran Udara Paris kali ke-50.
Dalam pada itu Pengerusi Air Asia,Datuk Aziz Bakar menyifatkan kejayaan yang diumum semasa majlis itu sebenarnya milik rakyat Malaysia.
''Ini kemenangan rakyat Malaysia, saya bangga kita bawa jenama AirAsia ke muka dunia,ini kejayaan pencapaian untuk rakyat yang sudah menyokong kami sejak 12 ke 13 tahun sejak kami mula beroperasi,'' ujarnya.
AirAsia sendiri telah menerbangkan lebih 150 juta penumpang sejak dilancarkan 10 tahun lepas, dengan misi untuk mendemokrasikan perjalanan udara di rantau ini, dengan operasi yang menguntungkan.
Syarikat penerbangan itu mempunyai syarikat sekutu di Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun, selain Malaysia, yang memberi perkhidmatan di lebih 85 destinasi di lebih 20 negara seluruh dunia.
Kajian Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax yang beroperasi di London itu mengambil tinjauan lebib 19 juta responden.
Sebanyak 66 kategori dimasukkan di dalam tinjauan.
Qatar Airways,Asiana Airlines,Cathay Pacific Airways dan Singapore Airlines merupakan antara pengendali syarikat penerbangan yang pernah memenangi anugerah penerbangan terbaik tahunan.
Sementara itu, Pameran Udara Paris merupakan pameran udara terbesar dunia yang memaparkan teknologi terkini penerbangan selain penyertaan hampir 300 delegasi penerbangan,lebih 3,000 wartawan dan kira-kira 350 ribu pelawat.
Pelawat yang hadir ke sini bukan sahaja mendapat peluang untuk melihat sendiri kecanggihan teknologi udara dari jarak dekat namun paling menarik dapat mengetahui sendiri latar belakang tentang sesuatu teknologi yang dipamer.
Dalam pada itu,pengeluar jet, Gulfstream turut mempamer model G650 iaitu terpantas di dunia dalam kelasnya.
Pameran Udara Paris berlangsung dari 17 sehingga 23 Jun ini.
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 18 2013
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.