Amerika Syarikat akan menghulurkan sumbangan RM525,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan di negara ini bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri pantai timur.

Duta Besar Amerika di Malaysia Joseph Yun berkata sumbangan itu akan digunakan untuk memenuhi keperluan mangsa dan membantu mereka untuk kembali menjalani kehidupan biasa.

"Sumbangan ini akan membantu mereka di kawasan terjejas untuk pulih daripada kesan akibat bencana itu serta membina semula kehidupan masing-masing.

"Amerika berdiri teguh bersama rakyat Malaysia dalam keadaan getir ini dan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anggota masyarakat yang terjejas oleh bencana itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.