Walaupun setelah pemergian pengarah terkenal Yasmin Ahmad dijemput Allah, kita masih mengingati jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh Allahyarham, baik dalam bidang filem, buku, pengiklanan mahu pun dalam aspek kemanusiaan sejagat.
Hari ini genap 1628 hari perginya pengarah filem Sepet itu. Dan hari ini, 7 Januari merupakan hari ulangtahun kelahirannya yang ke 56, sekiranya Allahyarham masih ada.
Dalam keadaan negara yang saban hari dihambat polemik kaum dan agama, apa yang telah dilakukan oleh Allahyarham menerusi filem-filem arahannya, puisi-puisi nukilannya, iklan-iklan perayaan yang diusahakannya dan aktiviti kemanusiaan yang disokong olehnya masih kekal relevan hingga kini.
Namun, sejauh mana karya-karya agung itu ditauladani oleh kita semua sekarang?
Pada hari istimewa ini, Google Malaysia meraikan kehidupan dan hasil kerja sutradara terkenal itu menerusi Google Doodle. Yasmin merupakan personaliti terkenal pertama negara yang diberikan penghargaan sedemikian rupa.
Selama hari ini, Google hanya meraikan perayaan antara Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, hari istimewa seperti Pilihan Raya Umum ke 13, Hari Kemerdekaan, Hari Wanita Sedunia, Hari Dunia, Hari Buruh, Hari Bapa dan beberapa lagi.
Belum pernah lagi Google Malaysia meletakkan wajah tokoh politik tempatan, pembesar negara di muka depan enjin carian terkenal dunia itu.
Usaha Google Malaysia dalam mengangkat personaliti seperti Yasmin yang terkenal menerusi karya agung ciptaannya wajar diberikan pujian.
Setidak-tidaknya kita masih mengingati sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh Yasmin dalam mendekatkan jurang perbezaan kaum dan agama yang semakin meruncing sekarang.
Sekiranya Yasmin masih hidup lagi pada hari ini, pastinya dia akan bersedih melihat polemik politik, baik politik negara mahu pun politik seni yang kacau sejak akhir-akhir ini.
Sering kali kita melihat polemik perbezaan agama dan kaum yang menjadi tajuk utama berita dan kita sendiri tidak tahu bilakah ia akan berakhir.
Usaha kecil Yasmin berkarya menerusi lima filemnya, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime yang mengangkat kisah perbezaan kaum di Malaysia seakan tidak memberikan apa-apa kesan kepada generasi sekarang.
Iklan-iklan nukilannya yang dahulu sering dinanti-nantikan hanya sekadar diingati tetapi intipati kisah daripada iklan tersebut tidak pernah dipraktikkan.
Kita hanya mengingatinya tetapi tidak pernah mengambil iktibar dari isi karya-karyanya.
Semoga Yasmin Ahmad, insan seni yang telah mencurah keringat selama 18,828 hari tenang di sana. Al-Fatihah.
Muzaffar Mustapa
Tue Jan 07 2014

Google Doodle meraikan karya dan kehidupan sutradara Yasmin Ahmad hari ini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Google guna rekaan Doodle Merdeka lebih kurang sama sejak 2021
Pada tahun ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.

Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan
Google turut berkongsi trivia khas fakta menarik tentang spesies itu, antaranya ialah orang utan sangat gemar akan durian ia juga berkongsi hampir 97 peratus gen dengan homo sapien.

Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google
Google Malaysia menganjurkan kembali pertandingan Doodle 4 Google #d4gmy selepas penganjuran pertamanya pada tahun 2014.

Yasmin hanya diingati, karyanya tidak diteladani
Google Malaysia hari ini meraikan kehidupan dan hasil kerja sutradara terkenal Yasmin Ahmad menerusi Google Doodle di laman utamanya.