OPENAI pada September telah memperkenalkan model o1, yang membawa sokongan penaakulan, sekali gus membolehkan ia menjawab soalan-soalan lebih kompleks dengan berfikir lebih mendalam.


Ringkasan AI
  • OpenAI memperkenalkan model o3 pada Disember 2024, selepas model o1 yang diperkenalkan pada September 2024.
  • Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
  • Model o3 mengambil masa untuk memberikan maklum balas yang tepat, tetapi masih menghadapi cabaran dalam menjawab seperti manusia dan mengelakkan halusinasi.


Kini, selang sekitar tiga bulan, OpenAI mengumumkan pula pengenalan model baharu mereka, iaitu o3.

Walau bagaimanapun, model o3 ini belum ditawarkan kepada umum buat masa ini. Ia dibuka kepada para pengkaji terlebih dahulu, khususnya mereka yang mengkaji keselamatan model kecerdasan buatan.

Mengikut sasaran awal, model o3-mini dijangka akan ditawarkan sekitar penghujung Januari 2025 kelak.

Seperti model o1, penggunaan model o3 turut mengambil sedikit masa dalam memberikan maklum balas kepada pertanyaan.

Hal ini membolehkan ia melakukan semakan, dan memastikan menawarkan jawapan terbaik kepada pengguna.

Namun, seperti model biasa yang berhalusinasi, beberapa pengkaji sebelum ini turut mendapati model dengan sokongan penaakulan turut boleh memperdaya manusia melalui jawapan yang diberikan.

Beberapa penguji awal turut mendapati model o3 turut mempunyai beberapa masalah dalam menjawab dan berfikir seperti manusia – sekali gus mengatakan ia masih jauh lagi untuk mencapai fasa AGI. -Amanz