Minggu ini, kunjungan Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United ke Asia, mendapat tumpuan media arus perdana tempatan dan juga negara-negara jiran.
Di Kuala Lumpur, hanya Cheslea kelab BPL yang melakukan persinggahan dan pada 10 Ogos depan, kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pula akan melakukan kunjungan pertama ke Malaysia.
Populariti Chelsea di Malaysia jelas meningkat sejak kelab London ini diambil alih jutawan Russia, Roman Abramovich pada 2003 dan ia terus meningkat apabila Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus pada 2004.
Meskipun enam tahun berlalu sejak Mourinho meninggalkan Stamford Bridge, peminat setia The Blues sentiasa mengimpikan kepulangan pengendali berbangsa Portugis ini.
Kini, bekas pengendali FC Porto, Inter Milan dan Real Madrid ini kembali ke London dan dia pasti mempunyai ramuan tersendiri, membentuk sebuah barisan juara yang baru di Chelsea.
Kelebihan Mourinho, adalah kemampuannya memberi motivasi kepada pemain-pemainnya pada saat getir dan juga perancangan taktikal berkesan yang kerap menjerat lawan.
Mourinho juga adalah pengendali yang bijak menggunakan psikologi ke atas pemain-pemainnya.
Satu contoh, ialah apabila dia menegaskan mahu dikenali sebagai "Yang Gembira" kini dan bukan lagi "Yang Istimewa".
Ia seolah memberi mesej buat pemain-pemain Chelsea, menggembirakannya dengan mengejar kejuaraan.
Mourinho memang dikenali sebagai pengurus, yang bijak membuat kenyataan dan pandangannya kadang-kala menimbulkan kemarahan lawan serta ada kalanya dihormati semua pihak.
"Setiap pemain apabila bermain untuk negara, perlu melupakan kelab mereka dan tumpuan pada skuad negara saja.
"Tetapi apabila bersama kelab, mereka perlu memberi sepenuh komitmen buat kelab mereka," kata Mourinho ketika sidang media ketibaan Chelsea di Subang.
Dalam pada itu, pada kunjungan Chelsea ke sini pada 2007, Baddrol Bakhtiar dan Bunyamin Umar mendapat peluang menjalani latihan di pusat latihan Chelsea di Cobham.
Mungkin kali ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM boleh mencuba mengatur penghantaran jurulatih-jurulatih belia di Sekolah Sukan Bukit Jalil, bagi mempelajari apakah kaedah terbaik yang digunakan di Cobham buat pemain-pemain remaja.
Ini adalah kunjungan kedua Mourinho ke Kuala Lumpur, tetapi yang pertama sebagai pengurus Chelsea.
Kunjungan kelab bertaraf dunia seperti Chelsea, perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan bukan sekadar aksi persahabatan buat peminat.
Fadzrie Hazis
Sat Jul 20 2013


Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

EPL: Chelsea tendang Manchester City ke tangga kelima
Gol tunggal Marc Cucurella jadi pemisah buat kedua-dua pasukan, namun persembahan The Blues secara keseluruhan jauh daripada meyakinkan.

Chelsea raih bekalan tipis di Copenhagen
Walaupun bergelut di babak pertama, perubahan taktikal Enzo Maresca selepas rehat berjaya membuahkan hasil buat The Blues.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.

EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.

EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.