Pemimpin tertinggi Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli, Rom sejak 14 Feb akibat radang paru-paru atau pneumonia.
Sepanjang tempoh rawatan, beliau mengalami beberapa komplikasi dan memerlukan bantuan oksigen akibat masalah pernafasan.
Susulan keadaan kesihatannya, Vatican sekali lagi membatalkan upacara keagamaan mingguan Ahad di Dataran St. Peter buat kali keempat berturut-turut.
-- BERNAMA
