APABILA Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat kenyataan mahu menteri yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan, pembaziran dan salah tadbir kewangan negara seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 supaya letak jawatan, mesej jelas daripada bekas Perdana Menteri itu ialah harus ada pihak yang mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Dr. Mahathir mahu menteri di negara ini mengambil sikap sama seperti menteri di Jepun. Beliau memberikan contoh kalau ada nahas pesawat di Jepun, menteri pengangkutan yang bertanggungjawab akan letak jawatan. Ada banyak sebenarnya contoh cerita yang sama dan tidak semua mereka letak jawatan kerana projek gagal, wang negara rugi atau salah tadbir. Ada juga yang letak jawatan kerana perilaku mereka tidak mencerminkan sifat dan tindak-tanduk yang sewajarnya yang harus ada pada sosok seorang menteri. Apabila tidak lagi layak sebagai menteri, mereka letak jawatan.
Kita tentu belum lupa bagaimana Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa yang nampak seperti mabuk mabuk semasa bercakap dalam satu sidang media ketika Sidang Kemuncak G7 di Rome pada 2009 letak jawatan tiga hari selepas kejadian itu tersiar di televisyen. Nakagawa mengatakan dia makan ubat selesema tetapi dia menawarkan letak jawatan kerana keadaan dirinya yang disaksikan oleh jutaan orang di televisyen itu memalukan dan telah menyusahkan Perdana Menteri Taro Aso (ketika itu) dan rakan-rakannya dalam kabinet. Dia juga minta maaf berkali-kali atas masalah yang timbul yang berpunca kerana dia tidak menjaga kesihatannya dengan baik.
Seorang lagi menteri kabinet Jepun, Yoshio Hachiro letak jawatan pada September 2011 kerana membuat dua kenyataan yang dianggap tidak senonoh mengenai bencana berganda yang menimpa Fukushima. Pertama, dia menggelarkan Fukushima sebagai "bandar mati". Kenyataannya itu melukakan hati 80,000 penduduk bandar itu yang terpaksa dipindahkan kerana bahaya radiasi. Kedua, selepas balik daripada melawat Fukushima, sebaik saja turun daripada pesawat, Hachiro yang mahu berjenaka menyapu lengannya pada seorang wartawan dan berkata: "Jaga-jaga, radiasi." Dia letak jawatan seminggu selepas itu.
Hanya dua bulan sebelumnya, menteri yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan semula Fukushima letak jawatan juga kerana membuat kenyataan yang tidak senonoh yang tidak cocok dengan sosok peribadi seorang menteri. Namanya Ryu Matsumoto. Kisah kejatuhannya bermula apabila dalam lawatan pertamanya ke Fukushima sejak dilantik menteri, dia menunjukkan sikap bongkak dan angkuh sebagai menteri.
Dalam acara lawatan itu, hendak jadi cerita, dia terpaksa menunggu seorang gabenor pemimpin daerah yang sepatutnya menyambut dia datang. Gabenor itu terlambat. Apabila kemudian gabenor itu tiba, Matsumoto menunjukkan perangainya. Dia enggan bersalam dengan gabenor itu dan kemudian mencemuh serta menghamun gabenor itu kerana menyebabkan dia menunggu.
Kenyataan kasar Matsumoto dirakamkan oleh media yang ada di situ dan dia membuat satu lagi kesilapan. Kesilapannya ialah dia memberi amaran kepada media supaya tidak melaporkan apa yang mereka dengar dan lihat. Katanya, kalau mereka cuba-cuba berlagak berani melaporkannya, syarikat media yang mereka wakili akan dikenakan tindakan. Tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan ke atas wartawan atau media yang melaporkan kejadian itu sebaliknya, Matsumoto yang letak jawatan lebih kurang seminggu kemudian.
Cerita-cerita itu semuanya menunjukkan satu perkara — tentang kehormatan, maruah, sedar diri dan tahu malu. Rasa hormat diri dan mengambil tanggungjawab itu adalah nilai-nilai yang ada pada orang Jepun — hanya orang Jepun, tidak pada bangsa lain.
Kenapakah nilai-nilai itu hanya ada pada orang Jepun dan tidak pada orang lain?
Teori yang selalu diulang-ulang dan kemudian diterima sebagai teori yang sah ialah tentang kod etika atau tatacara kesatria anutan samurai yang dikenali sebagai bushido. Kod etika itu menggariskan tujuh nilai yang ada pada seorang samurai — nilai-nilai seperti jujur, maruah dan harga diri yang membentuk jati diri samurai itu untuk jadi seorang pahlawan yang sebenar.
Dr. Mahathir semasa jadi Perdana Menteri memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur, tujuh bulan selepas beliau memegang jawatan. Dasar itu antara lain bertujuan menerapkan nilai-nilai terpuji dan etika kerja yang baik yang menjadi asas kemajuan yang dicapai oleh Jepun dan Korea Selatan. Dasar itu sudah 30 tahun dilaksanakan dan ribuan pelajar yang dikirimkan ke sana dalam tempoh itu, pada hari ini menduduki tempat penting dalam kerajaan dan swasta sebagai profesional, eksekutif dan pembuat dasar.
Banyak yang kita pelajari daripada dasar murni itu. Tetapi satu yang barangkali gagal kita fahami ialah mengambil tanggungjawab dengan bermaruah, tahu malu dan sedar diri.
Itulah yang harus kita fahami apabila merenung kenyataan Dr. Mahathir yang mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012: Apakah akan ada menteri yang meletakkan jawatan kerana laporan audit itu atau kerana sikap dan kenyataan mereka yang memalukan yang dilaporkan oleh media?
Jangan harap. Letak jawatan sebagai jalan mengambil tanggungjawab bukan budaya kita.
Noor Azam Shairi
Thu Oct 10 2013
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza
Perbezaan geografi, politik dan budaya menyebabkan kedua-dua bahasa ini berkembang mengikut alirannya yang tersendiri.
Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
[KOLUMNIS] Representasi budaya Malaysia dalam rekaan baju Olimpik Malaysia
Untuk menghasilkan rekaan pakaian kontinjen Olimpik dari Malaysia yang terbaik, terdapat beberapa kriteria utama yang perlu dipertimbangkan.