Hari ini Muktamar PAS ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula pada Jumaat 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru PAS akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.
Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang awal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.
Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik PAS dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.
Usul ini dilihat menjadi ibu segala usul dalam muktamar kali ini kerana ia dikemukakan oleh Dewan Ulama yang dianggap dewan yang menggambarkan PAS sebagai parti Islam. Lagi pun perkara ini diterima sebagai usul. Sesuatu yang disuarakan dari rahang ulama ini dianggap perfect dan tepat oleh sesetengah ahli PAS. Ia satu ijtihad dalam konteks keagamaan. Apa lagi isu ini sudah dimainkan sejak awal begitu rupa sekali.
Isu ini juga bakal dibuat penentuan oleh perwakilan atas maksud untuk memperkukuhkan PAS serta hala tuju PAS untuk masa depan. Elok semasa pembentangan usul ini ia tidak disembunyikan maksud dan rahsia sebenarnya.
Apa yang cuba hendak disampaikan menerusi isu ini dan dikonsensuskan ialah, apakah PAS perlu meneruskan kerjasama dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim. Dewan Ulama tidak dapat menyembunyikan diri yang mereka tidak boleh menerima Anwar Ibrahim. Dewan Ulama sedar tidak sedar telah bermusuh dengan Anwar.
Dalam perbahasan nanti juga akan turut menyentuh mengenai DAP. Sudah tampak kesengajaan PAS untuk membangkitkan mengenai ketelusan DAP dalam menyiratkan hubungan dengan PAS. Tindakan PAS Pulau Pinang mempamer nota ugutan kepada kerajaan DAP, di mana mereka mungkin akan menarik diri dari kerjasama dengan DAP di Pulau Pinang menunjukkan ada usaha agar hubungan PAS dengan DAP juga dibincang.
Mesej nota berkenaan, ialah bangkangan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang itu membawa maksud kurang senangnya ahli PAS negeri itu kepada Cina. Dalam hal ini PAS Pulau Pinang tidak berani untuk menyebut secara langsung yang mereka tidak sukakan Cina, tetapi berlindung di sebalik tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tertentu di Pulau Pinang.
Sekiranya isu ini yang merupakan satu usul diterima ia bakal mengubah situasi PAS hari ini. Tidak mustahil juga selepas ini PAS akan mengadakan 'tahaluf siyasi' dengan seteru sebangsa dan seagama dengan mereka, UMNO. Tidak mustahil juga isu ini bakal meletakkan PAS dalam keadaan retak yang boleh membawa belah. Justeru itu semasa perwakilan membahas isu ini hendaknya dilakukan dengan tertib bagi mengelakkan menyinggung hati PKR dan DAP.
Selain itu, isu kalimah Allah, hukum hudud juga akan berkumandang. Akan ada nanti perwakilan yang fanatik Islam ataupun menerima kitab UMNO (Utusan Malaysia) akan membangkit perkara ini. Walaupun pandangan PAS agak terbuka dan rasional mengenai penggunaan kalimah Allah ini tetapi itu tidak menjadi pegangan.
Kenyataan Karpal Singh yang berpendapat agar parti-parti berasaskan kaum dan agama ditiadakan juga akan menarik perhatian. Akan ada perwakilan yang emosi terhadap kenyataan Karpal itu nanti, atau mungkin ada yang membawa replika gambar Karpal untuk dibakar. Sehubungan itu juga tindakan biadab dan jahil akhbar The Star yang menulis menggambarkan Ibrahim Libya dan kumpulannya adalah sesat tidak akan dilupakan perwakilan.
Soal hukum hudud juga akan disentuh. Ada usul berkenaan mengenai hudud di mana Pas mendesak agar kerajaan Malaysia melaksanakan hukum hudud. Mengenai hudud ini hendaknya ada perwakilan membuat desakan agar kerajaan Kelantan mempercepatkan proses melaksanakan hukum hudud. Muktamar perlu membuat desakan kepada kerajaan Kelantan terlebih dahulu. Isu hudud merupakan agenda tertangguh begitu lama di Kelantan.
Lain-lain isu yang dijangkakan turut disentuh ialah mengenai UMNO, kebobrokan pemimpinnya. UMNO akan dikritik seperti biasa dalam muktamar kali ini. Kehadiran pengintip Amerika Syarikat di Jabatan Perdana Menteri, kebenaran Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi untuk lawatan ke Qatar pasti akan mencuri perhatian perwakilan. Mungkin juga luahan tidak puas hati Mahathir Mohamad kepada sikap Abdul Gani Patail akan turut disentuh. Dan apakah kehadiran ahli PAS semasa upacara pembakaran mayat Chin Peng di Bangkok baru-baru ini akan disentuh sama?
Isu ekonomi mengenai cadangan kerajaan untuk mengenakan cukai GST tahun 2015, isu pendidikan juga akan menarik perhatian perwakilan. Tetapi isu-isu ekonomi, pendidikan ini hanya sampingan sahaja. Isu-isu keagamaan seperti disebut tadi akan dominan dan menarik minat perwakilan.
Adapun isu Kristianisasi yang sebelum ini menjadi tumpuan sesetengah ahli Pas dijangkakan tidak akan dibahas lagi. Kepada perwakilan diucapkan selamat bermuktamar.
Mohd Sayuti Omar
Wed Nov 20 2013
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.