KUALA LUMPUR: Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100K Bela Palestin pada petang Sabtu.
Kehadiran mereka sebagai isyarat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin dan bantahan kepada Amerika yang dilihat berterusan membantu rejim Zionis.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara yang hadir dalam himpunan berkenaan.
Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Selain itu, beberapa Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional juga dilihat hadir, antaranya Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua dan aktivis, Hishamuddin Rais juga dilihat antara yang hadir.
Peserta himpunan dilihat mula berkumpul di luar bangunan Kedutaan Amerika bermula jam 2.30 petang.
Sebelum itu, mereka semua berkumpul di tiga lokasi iaitu di Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, Masjid KLCC dan Masjid Ibnu Mas’ud di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Mereka kemudian berarak ke lokasi berhampiran bangunan Kedutaan Amerika sebelum semuanya berkumpul bersama beberapa pemimpin yang sudah berada di lokasi.
Beberapa pemimpin, antaranya Dr Mahathir dan Abdul Hadi kemudian berucap di hadapan semua peserta dengan intipati ucapan berkisar kepada sokongan kepada Palestin dan kecaman kepada Amerika.
Himpunan 100K Bela Palestin – Solidariti ‘Raya Bersama Gaza’ di hadapan kedutaan Amerika Syarikat itu merupakan anjuran Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Perhimpunan itu diadakan sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap perjuangan suci rakyat Palestin dan kecaman terhadap rejim Zionis yang berterusan membunuh rakyat Palestin.
Ridauddin Daud
Sat May 04 2024
Kehadiran mereka sebagai isyarat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin dan bantahan kepada Amerika yang dilihat berterusan membantu rejim Zionis. - Foto Astro AWANI
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.
Elon Musk ke Bali untuk pelancaran Starlink
Elon Musk berada di Bali untuk melancarkan perkhidmatan Starlink dan kerajaan sudah membuat tawaran rasmi kepada Tesla untuk membuka kilang bateri di negara itu.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong.
Isteri, anak nelayan lemas terima faedah Perkeso
Balu dan empat anak nelayan yang ditemui lemas ketika mencari rezeki di laut di Pulau Pinang pada 35 April lalu mendapat faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.