Kurang daripada 20 hari sahaja lagi, tahun 2012 akan melabuhkan tirainya.
Sudah pasti, 2012 meninggalkan seribu satu kenangan baik yang pahit mahupun yang manis kepada kita semua.
Pelbagai insiden dan peristiwa menarik mencorakkan tahun 2012.
2012 boleh disifatkan sebagai tahun yang warna-warni dalam dunia politik antarabangsa mahupun politik tempatan.
Pentas politik antarabangsa menyaksikan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan kumpulan Moro setelah empat dekad berperang, kemenangan calon Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya presiden Mesir dan kejayaan Barack Obama mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Amerika untuk penggal kedua.
Di pentas politik tempatan pula, 2012 merupakan tahun terakhir sebelum negara melangkah ke Pilihan Raya Umum ke-13. Teka-teki dan penantian mengenai tarikh sebenar PRU terus menjadi tanda-tanya.
Segala cakap-cakap dan ramalan penganalisis bahawa PRU 13 akan diadakan pada hujung tahun ini nampaknya meleset sama sekali.
Dalam keghairahan membicarakan mengenai senario politik semasa negara, bagaimana pula dengan diri kita sendiri? Apakah kita sudah menanamkan azam baru untuk berubah dan menjadi seorang individu baru sempena kedatangan tahun baru 2013?
Ataupun memilih untuk berada di takuk lama? Sesungguhnya, pilihan itu terletak di tangan anda. Kelazimannya, kehendak untuk berubah merupakan sesuatu yang ditakuti oleh semua.
Apa tidaknya, perubahan boleh membawa kepada satu situasi yang tidak menentu. Segala amalan dan gelagat yang sudah menjadi kebiasaan selama ini kini perlu memberi laluan.
Pendek kata, mereka perlu keluar dari zon selesa dan terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Perubahan, bagi mereka adalah sesuatu yang menyusahkan, leceh dan membuang masa.
Perubahan ke arah kebaikan sebenarnya tidak sukar. Ia menuntut kesungguhan dan kesanggupan seseorang untuk mengubah tabiat lama mereka. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Saranan ini penulis tujukan kepada semua; pemimpin politik, orang-perseorangan mahupun mereka yang bekerja. Kepada pemimpin-pemimpin politik negara, gunakan kesempatan yang terluang ini untuk mengubah sikap lama anda.
Jika ada antara pemimpin politik yang gemar mengeluarkan kata-kata yang kontroversi, ambil iktibar untuk tidak mengulanginya. Sebagai seorang figura awam, mereka sepatutnya menjadi teladan kepada rakyat bukan sebaliknya.
Dengan PRU 13 makin hampir, inilah masanya untuk bertindak!
Di tempat kerja pula, budaya menikam, mencantas bahkan juga mencari kesalahan orang lain perlu dihentikan. Perangai lama yang terbawa-bawa ini bukan sahaja memudaratkan tetapi juga memberi gambaran keharmonian di tempat kerja adalah sesuatu yang utopia dan tidak mungkin berlaku.
Sememangnya, kepelbagaian sikap manusia sukar dikawal. Sedia maklum setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri terhadap sesuatu isu. Tetapi di sebalik kepelbagaian sikap itu, tidak bermakna mereka tidak boleh berubah.
Keengganan untuk tidak berubah itu hanyalah satu alasan untuk menutup kelemahan seseorang. Daripada terus bergosip ataupun menyalahkan kesalahan orang lain, bukankah lebih baik jika kesempatan itu dimanfaatkan untuk melihat ke hadapan?
Biarpun ramalan hari kiamat pada 21 Disember ini tidak akan menjadi kenyataan dan berlalu seperti hari-hari biasa lain, namun penulis sentiasa waspada dan mengimbas kembali hari-hari terakhir 2012 dengan penuh keinsafan. Di mana wujud kelemahan, disitulah penulis menyusun sepuluh jari memohon maaf. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada tuhan, yang buruk itu datang daripada hamba yang lemah ini.
Dengan berbekalkan keinsafan dan kesederhanaan dalam diri, nescaya ia boleh memberi ketenangan kepada semua untuk mengharungi tahun baharu mendatang dengan lebih baik.
Kita hanya hidup sekali di muka bumi ini. Justeru, manfaatkan kehidupan ini dengan sebaik-baiknya. Jaga tutur kata, jaga kelakuan dan sentiasa tekad untuk menjadikan tahun 2013 lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Bersediakah anda semua untuk berubah? Tepuk dada, tanyalah hati!
Markus Lim
Fri Dec 14 2012
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Berubah untuk kebaikan
2012 boleh disifatkan sebagai tahun yang warna-warni dalam dunia politik antarabangsa mahupun politik tempatan.