KUALA LUMPUR: Asia Tenggara kekal sebagai ekonomi digital yang mencatat pertumbuhan terpantas di Asia Pasifik dan memerlukan penyelesaian keselamatan siber serba komprehensif serta tenaga kerja bersesuaian.
Pengurus Besar Kaspersky bagi Asia Tenggara Yeo Siang Tiong berkata kerajaan di negara-negara terbabit juga telah mengambil langkah berani menyokong usaha pendigitalan tempatan dan meningkatkan perlindungan data serta kemampuan keselamatan siber masing-masing.
Namun, katanya, keperluan sewajarnya dengan penyelesaian menyeluruh itu amat penting memandangkan perniagaan tempatan di rantau ini dalam proses melaksanakan transformasi digital.
"Pihak kami misalnya sentiasa aktif bekerjasama dengan universiti-universiti tempatan dari segi latihan serta bengkel untuk meningkatkan kemahiran penuntut dan memastikan kurikulum mereka menepati permintaan industri.
"Bagaimanapun, ini memakan masa bertahun-tahun lamanya sebelum penuntut ini dapat menjadi profesional keselamatan siber," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Yeo berkata adalah penting untuk melibatkan penyedia perkhidmatan keselamatan terurus (MSSP) berwibawa yang dapat memastikan perusahaan mempunyai pekerja dan penyelesaian serba cekap.
"Adalah berkesan untuk melakukan penyumberan luar jika rakan niaga anda terlibat dengan sebuah syarikat keselamatan siber yang terbukti berkesan dari segi pengesanan ancaman, respons serta ancaman risikan," katanya.
Selain itu, menurut Laporan Ekonomi Keselamatan IT Kaspersky terkini, perniagaan di rantau ini bertindak menyumber luar fungsi keselamatan kepada MSSP, terutama bagi meraih kecekapan dalam penyampaian penyelesaian keselamatan, menangani kekurangan pekerja dan memenuhi keperluan bagi kepakaran keselamatan yang khusus.
Penyedia keselamatan siber dan privasi digital global itu berkata laporan tersebut meliputi 26 negara di serata pasaran dan syarikat perniagaan-kepada-perniagaan utama Kaspersky dalam pelbagai saiz daripada perusahaan kecil dan sederhana dengan jumlah pekerja seramai 50 orang sehinggalah firma besar.
Kalangan pakar turut mengunjurkan pertumbuhan MSSP yang kukuh di Asia Tenggara dan pada tahun-tahun akan datang susulan daripada pelbagai usaha bersama rantau tersebut ke arah inisiatif transformasi digital di peringkat negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Asia Tenggara kekal sebagai ekonomi digital yang mencatat pertumbuhan terpantas di Asia Pasifik dan memerlukan penyelesaian keselamatan siber serba komprehensif serta tenaga kerja bersesuaian. - Gambar hiasan
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Johor rekod nilai dagangan berjumlah RM753 bilion tahun lepas
Angka itu merangkumi 29 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.
Botswana alami ledakan kitar semula, pengumpulan sisa buangan jadi perniagaan menguntungkan
Hilang pekerjaan pada 2021 membuatkan Stella Mokone, seorang ibu tunggal kepada tiga anak di Francistown, bandar kedua terbesar di Botswana beralih kepada mengutip dan menjual sampah untuk menyara keh
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju - Gobind
Ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.
Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian
Yeo berkata, banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
Tarikh akhir kemuka borang tahun taksiran 2023 dilanjut hingga 15 Julai
Tarikh akhir pengemukaan borang nyata tahun taksiran 2023 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dilanjut hingga 15 Julai.
Kaedah bayar tanpa tunai lebih mudah, pantas - Pengguna
Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai selari dengan gaya hidup masa kini kerana ia mudah, selamat dan pantas digunakan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan.
Birokrasi 'membunuh’ perniagaan yang baru meningkat naik - Industries Unite
Karenah birokrasi yang wujud ketika ini tidak mesra perniagaan sehingga menjejaskan usaha memulakan atau mengembangkan perniagaan.
Perniagaan lancar, berterusan satu keperluan bagi peruncit Malaysia
Menurut KPMG, kajian mendapati 27 peratus responden Malaysia lebih gemar membeli-belah secara bersemuka di kedai.
MYNIC sasar lebih ramai usahawan guna domain.my kembangkan perniagaan
Ketika ini, jumlah keseluruhan pengguna domain.my adalah sebanyak 313,000 orang berbanding 400,000 pengguna yang disasarkan untuk 2024.