SOFTBANK dilapor mengambil alih satu lagi pengeluar cip dalam usaha mengukuhkan kedudukan dalam arena kecerdasan buatan.

Firma yang diambil alih adalah Graphcore, namun nilai pengambilalihan tidak dinyatakan buat masa ini.

Untuk makluman, Softbank juga merupakan pemilik di sebalik perekabentuk cip terkemuka, Arm.

Graphcore sebelum ini telah diperkatakan sebagai pesaing terdekat untuk NVIDIA. Namun, ia menghadapi masalah dari segi suntikan dana untuk bersaing dengan syarikat lain.

Dengan adanya Softbank, masalah berkenaan kini mungkin telah selesai, dan membolehkan Graphcore bergerak ke fasa seterusnya.

Dengan permintaan dan peralihan industri ke arena pusat data juga kecerdasan buatan, sama-sama kita lihat apakah langkah Graphcore seterusnya dalam terus menerajui dan bersaing dalam arena pembangunan cip. -Amanz