KAKITANGAN Microsoft di China diwajibkan menggunakan iPhone atas sebab keselamatan bermula September ini.
Penggunaan peranti Android adalah diharamkan sama sekali dan kakitangan yang menggunakannya sekarang akan diberikan dana untuk membeli iPhone 15 oleh Microsoft.
Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong.
Tindakan drastik ini diambil atas sebab keselamatan selepas syarikat terlibat dengan beberapa kerentanan sekuriti yang serius menyebabkan data digodam dan pelanggan menjadi mangsa serangan siber.
Di China, GMS tidak boleh digunakan menyebabkan beberapa ciri sekuriti yang digunakan seperti Microsoft Authenticator tidak boleh dipasang pada peranti kakitangan.
Dengan penggunaan iPhone sepenuhnya, Microsoft akan menyeragamkan sistem mengesahkan identiti kakitangan dengan Microsoft Authenticator perlu digunakan sepanjang masa.
Ironi di sini ialah Microsoft pernah menawarkan telefon pintar Android sebelum menarik diri daripada pasaran.
Semasa iPhone dilancarkan pada tahun 2007, CEO Microsoft pada ketika itu Steve Balmer mentertawakan Apple kerana menjual telefon pintar yang dikatakan terlalu mahal.
Sekiranya Microsoft sendiri mewajibkan penggunaan iPhone, Apple boleh berbangga kerana ia mengesahkan status telefon pintar mereka sebagai yang paling boleh dipercayai tahap keselamatannya. -Amanz
Amanz
Tue Jul 09 2024
Penggunaan peranti Android adalah diharamkan sama sekali dan kakitangan yang menggunakannya sekarang akan diberikan dana untuk membeli iPhone 15 oleh Microsoft. -Amanz
Biar dihina, difitnah, tidak ganggu fokus angkat darjat rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru 1.6 juta penjawat awam untuk menjadi benteng kepada negara.
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
Jepun terus komited labur dalam tenaga hijau Malaysia, fokus pada hidrogen - Fadillah
Katanya, Jepun melabur di Sarawak dalam industri yang sama dan akan terus memberikan komitmen untuk menyokong Malaysia dari segi pelaburan.
Aplikasi Threads perkenal ciri baharu
Kemas kini itu termasuk keupayaan untuk menyimpan sehingga 100 draf, skrin Insights dan ciri penyusunan semula lajur.
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
[TERKINI] Pengumuman KDNK suku tahun kedua 2024
Ikuti sidang media bersama Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengenai Keluaran Perangkaan KDNK 2024.
Kaedah lantikan tetap, bercarum sedang dalam kajian - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bertujuan memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar
Peraturan baharu menangani isu kegagalan tadbir urus pengurusan kewangan awam dan pengukuhan prosedur tatatertib yang lebih tegas bagi pegawai yang tidak hadir bertugas.
Kakitangan Microsoft di China diwajibkan guna iPhone
Pengharaman penggunaan peranti Android turut berkuat kuasa ke atas kakitangan yang bekerja di Hong Kong.