Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) memutuskan bahawa keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.
Atlet berusia 20 tahun itu akhirnya menduduki tempat keempat dalam acara akhir 200m lelaki di Paris, dan dia enggan ditemu bual selepas perlumbaan.
AIU yang ditubuhkan pada 2017, adalah organisasi bebas yang bertanggungjawab mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ancaman integriti sukan olahraga.
-- BERNAMA