Korea Utara menyalahkan Amerika Syarikat mengganggu rangkaian internetnya akibat perbalahan mengenai filem The Interview.

Rangkaian internet di negara itu tergendala lebih sembilan jam angkara serangan siber terhadap perkhidmatannya.

Sehingga kini tiada petunjuk siapa yang menghalang empat rangakaian internet dan 1,020 alamat protokol internet negara itu.


Namun rangkaian internet Korea Utara kembali pulih dengan penghalaan ganti menerusi rangkaian internet Unicorn di China.

Serangan itu melibatkan pengedaran nafi khidmat atau DDoS yang biasanya menjadi modus operandi serangan penjenayah siber.

Selain Amerika, China juga turut dituduh menjalankan serangan itu.

Amerika sebelum ini menuduh Korea Utara melakukan serangan siber terhadap rangkaian komputer Sony yang menerbitkan filem komedi 'The Interview' yang dianggap menghina negara komunis itu.