Untuk menonton video-video popular, pengguna dari seluruh dunia menggunakan platform youtube. Berikut adalah ringkasan hasil carian youtube bagi pengguna di Malaysia dengan membandingkan permintaan carian yang meningkat dengan peratusan terbesar dalam tempoh tujuh hari (14-20 Mac).

Di tangga pertama: Cinderella.

"Mesti berani dan berbuat baik.." itulah sedutan pesanan terakhir ibu Ella kepadanya.

Peminat Cinderella begitu teruja untuk menonton sendiri treler filem romantik & fantasi terbitan produksi Britain yang diarahkan oleh Kenneth Branagh hasil lakon layar Chris Weitz.

Filem Cinderella 2015 adalah berdasarkan karektor milik Disney yang ditulis oleh Charles Perrault dalam karyanya bertajuk 'Cendrillon'.


Di tangga kedua: Anime

Para fanatik Anime mencari video terbitan terbaru siri animasi Jepun bagi koleksi musim bunga 2015.


Di tangga ketiga: Minecraft

Turut mendapat carian tinggi minggu lalu adalah Minecraft.

Permainan video kotak pasir yang dicipta oleh pengaturcara Sweden, Markus "Notch" Persson dan kemudian dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Sweden Mojang.


Di tangga keempat: One Direction

Peminat 'boyband' ini cuba mendapatkan video-video persembahan kumpulan One Direction sepanjang jelajah Hong Kong 2015.

Di tangga kelima: Boboiboy

Episod terbaru Boboiboy `BoBoiBot Bersedia’ mula menjadi tumpuan di youtube.

Peminat nampaknya mahu menonton sendiri pertembungan Boboiboy Api melawan klon robotnya, BoboiBot