SELEPAS menerima reaksi negatif, aplikasi WhatsApp menangguhkan kemas kini yang meminta penggunanya untuk menerima terma baharu.
Pengumuman oleh aplikasi yang dimiliki Facebook itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan pengguna bahawa kemas kini tersebut akan melonggarkan syarat-syarat privasi.
Pada awal Januari, pengguna WhatsApp menerima makluman bahawa aplikasi tersebut dalam proses menyediakan terma-terma baharu serta mempunyai hak untuk berkongsi beberapa data pengguna dengan aplikasi Facebook.
Susulan itu, bilangan pengguna baharu aplikasi lain seperti Signal dan Telegram menyaksikan peningkatan mendadak.
Pada Jumaat, WhatsApp mengumumkan bahawa terma baharu itu akan ditangguhkan dari Februari ke Mei.
Jelas aplikasi itu juga, kemas kini tersebut bertujuan untuk meningkatkan transaksi dengan akaun perniagaan, dan tidak menjejaskan perbualan peribadi yang masih dilindungi dengan ciri penyulitan (encryption).
“Kemas kini ini tidak membolehkan kami berkongsi data dengan Facebook.
“Walaupun bukan semua melakukan transaksi dengan perniagaan menerusi WhatsApp sekarang, namun kami percaya lebih ramai akan memilih cara ini pada masa akan datang dan ia penting bagi orang ramai menyedari tentang fungsi ini,” kata WhatsApp dalam satu kenyataan.
Facebook telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri memfokuskan kepada akaun perniagaan pada aplikasi WhatsApp sepanjang tahun lepas bagi menyelaraskan insfrastruktur e-dagang di seluruh syarikat itu, termasuk pada aplikasi Instagram.
Agensi
Sat Jan 16 2021
Pada awal Januari, pengguna WhatsApp terima makluman bahawa aplikasi tersebut dalam proses menyediakan terma-terma baharu yang meminta pengguna berkongsi beberapa data peribadi. - Reuters
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
WhatsApp perkenal butang nyah langgan henti mesej spam promosi perniagaan
Ciri baharu ini membenarkan anda tekan satu butang untuk terus berhenti menerima sebarang mesej.
India denda Meta AS$25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil
Suruhanjaya Persaingan India arah Meta agar WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
WhatsApp perkenal sokongan 'draf mesej'
WhatsApp kini membolehkan pengguna menyimpan mesej sebagai draf jika tidak dihantar segera.
Suri rumah rugi lebih RM80,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan yang dijumpainya di media sosial dan menekan pautan yang disediakan.
WhatsApp bangunkan kebolehan tambah lagu pada kemas kini status
Ciri ini masih dalam fasa pembangunan dan akan ditawarkan melalui kemas kini aplikasi pada masa akan datang.
WhatsApp mulakan pengenalan nama pengguna, ganti perkongsian nombor telefon
Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu memenuhkan buku kenalan dan terus menyimpan seseorang di WhatsApp.
Lelaki rugi lebih RM200,000 kerana pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki tempatan mengalami kerugian berjumlah RM202,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak wujud diterima melalui aplikasi WhatsApp pada awal bulan lepas.
Ayob Khan tidak pernah ada akaun grup 'khas' atas namanya di WhatsApp - PDRM
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, tidak pernah mengendalikan sebarang akaun grup aplikasi WhatsApp.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.