UMNO Sabah akan memberi 'hadiah' paling istimewa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang dengan memastikan Negeri di Bawah Bayu itu kekal menjadi simpanan tetap bagi Barisan Nasional (BN).
Bendahari UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, ia sebagai satu manifestasi ke atas rasa syukur jutaan rakyat di negeri itu yang ditaburkan dengan pelbagai bantuan serta pembangunan sejak UMNO bertapak di Sabah kira-kira 24 tahun yang lepas.
"Bagi saya Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dengan kerjasama semua pihak bukan sahaja mampu mengekalkan kawasan yang kita menangi tapi juga merampas kawasan-kawasan yang kalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan perwakilan UMNO Sabah sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.
Terdahulu, dalam perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017, Najib turut menyentuh mengenai kepentingan Sabah dan Sarawak selain menyatakan bahawa kerajaan persekutuan akan tetap menjayakan projek Lebuh Raya Pan Borneo yang akan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di kedua-dua negeri itu.
Sehubungan itu, Salleh berkata apa yang paling penting sekarang ialah semua anggota dan jentera UMNO perlu bersatu padu dan menangkis usaha pihak tertentu yang sudah berpaling tadah daripada parti itu.
"Ini kerana mereka (individu yang berpaling tadah daripada parti) hanya membawa perasaan semata-mata, tujuan mereka bukan untuk membawa pembangunan di Sabah kerana hanya UMNO dan BN yang mampu membawa tugas itu.
"Malah dalam ucapannya perdana menteri turut berkata bahawa hanya BN yang mampu menyatupadukan rakyat dan membawa negara ke arah era yang lebih gemilang," katanya.
Sementara itu, Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata tugas untuk memerangi fitnah terhadap parti di laman sosial tidak hanya terletak pada pihak tertentu sahaja sebaliknya perlu digalas bersama oleh setiap anggota UMNO.
"Anggota UMNO harus bertanggungjawab memerangi fitnah atau berita palsu kerana setiap daripada kita ada gazet masing-masing dan kita perlu gunakan ia untuk melawan fitnah-fitnah ini," katanya.
Katanya memang ada undang-undang tertentu yang boleh diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial dan sekiranya ada yang merasa teraniaya, mereka bertanggungjawab membuat laporan polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2017
Salleh berkata, ia sebagai satu manifestasi ke atas rasa syukur jutaan rakyat di negeri itu. - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.