TIDAK dinafikan ada segelintir masyarakat yang duit gaji selalunya tidak mencukupi. Lebih teruk lagi, apabila duit gaji habis sebelum gaji bulan depan masuk.
Asyik tidak mencukupi ini memang bahaya jika terusan menjadi amalan. Kena cari solusi bagi mengatasi masalah berbelanja melebihi pendapatan.
Menerusi perkongsian perunding kewangan Azizul Azli Ahmad, ini caranya ‘sorok' duit, supaya hujung bulan tidak sesak hingga kena ikat perut menunggu gaji.
Ini caranya.
Mungkin wang yang diselitkan ini boleh bantu anda sekiranya berlakunya kecemasan. Inilah perkongsian tentang enam tempat yang paling bagus untuk simpan duit sebelum gaji masuk.
1. Celahan dompet
Simpan amaun yang anda selalu gunakan di antara bahagian dompet yang paling mudah. Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang anda rasa susah untuk keluarkan.
Jumlah yang anda selitkan itu ikutlah diri masing-masing. Jadi, apabila sedar duit sudah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian dompet kita.
2. Laci pejabat
Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Anda boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Ikutilah kreativiti anda, hiaslah ikut suka.
Asalkan tabung itu boleh memberi anda motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung anda tersembunyi dan berkunci di laci pejabat.
3. Dalam komponen kereta
Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi. Setiap kereta mempunyai rekabentuk yang berbeza.
Cuba teliti celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ‘kecemasan’ di situ. Tetapi pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti tersumbat di dalam komponen kereta tersebut.
Satu tip untuk anda, pastikan anda tidak lupa, jika tidak, akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila waktu 'vacuum' bermula.
4. Belakang ‘casing handphone'
Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa membawa dompet, tetapi telefon jarang akan lupa. Setuju atau tidak?
Biasanya, mereka akan meletakkan duit RM10 sehingga RM50 dalam 'casing handphone', terpulanglah pada diri masing-masing.
Terdapat juga banyak rekabentuk 'casing' handphone' yang ada ruang untuk letakkan duit. Biasanya ia dipanggil ‘phone wallet’.
Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di pasaran. Cuma pastikan duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.
5. Pemegang kad nama (name tag holder)
Teknik ini biasa digunakan juga sebab ramai yang simpan duit di dalam pemegang kad nama mereka waktu bekerja di pejabat.
Sama dengan 'casing handphone', simpanan ini juga boleh selamatkan anda bila anda keluar makan tengahari ketika di pejabat.
Atau belilah 'lanyard' untuk gantungkan pemegang kad nama di leher anda untuk mudahkan anda apabila keluar nanti.
6. Simpan dengan pasangan anda
Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda. Paling-paling simpan dengan ibu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu berikan duit kepada orang lain untuk simpankan?
Sebabnya adalah mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan terkumpul.
Kesimpulannya, ia terpulanglah di mana anda suka selitkan duit kecemasan ini.
Selepas sudah simpan, apabila telah gunakan wang tersebut, jangan lupa untuk isi semula duit itu.
Pilihlah tempat strategik yang anda rasa tidak akan hilang dengan mudah. Tetapi jangan sampai orang tahu simpanan kita berapa.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
Keluarga
Mon Sep 27 2021

Ini caranya sorok' duit, supaya hujung bulan tidak sesak hingga kena ikat perut menunggu gaji. - Foto Keluarga

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tip 'sorok' duit supaya tidak sesak pada hujung bulan
Ini 6 cara 'sorok' duit supaya hujung bulan tidak sesak, siap boleh menabung lagi!