Alans Ng mendakwa telefon tersebut ditempah minggu lalu dan bayaran penuh telah dikemukakan kepada penjual atas talian.
Ng tidak menyalahkan laman sesawang berkenaan namun pembekal telefon tersebut kerana kotak telefon tersebut masih berbungkus dengan plastik ketika diterima.
“Maknanya perkhidmatan kurier tidak buat apa-apa. Satu-satunya pihak yang bertanggungjawab mengubah produk ini ialah pembekal, kerana pelekat pembekal berada di atas kotak namun terlindung di bawah pembalut,” jelasnya dalam kiriman Facebook yang telah meraih lebih 2,400 perkongsian.
Ng telah dihubungi Ahad lalu oleh pihak kedai atas talian itu untuk bertemu wakil jualan mereka bagi mendapatkan telefon yang ditempah.

