Ke mana sahaja kita pergi, perlu sentiasa berhati-hati. Lebih-lebih lagi apabila melancong ke lokasi bukan kebiasaan.
Contohnya bilik hotel, bilik persalinan mahupun tandas yang memberi peluang kepada seseorang untuk merakam anda.
Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia, Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin berkata terdapat dua kategori kamera tersembunyi yang perlu diketahui umum iaitu kamera mudah alih yang sering digunakan untuk intipan dan juga kamera tetap berwayar.
Menurutnya, cara untuk anda mengenal pasti kewujudan kamera mudah alih ialah mengenal pasti sesuatu di luar kebiasaan.
"Untuk kenal pasti kewujudan kamera adalah mengenal pasti sesuatu di luar kebiasaan seperti saiz perkakasan dan kedudukan perkakasan yang berkemungkinan mempunyai kamera mudah alih.
"Antara perkakasan yang sering digunakan ialah butang baju, pen, cermin mata, kunci kereta dan sebagainya," katanya kepada Astro AWANI.
Cara lain untuk mengesan kamera mudah alih ini ialah melalui pantulan menggunakan lampu suluh bagi mengesan kedudukan kamera tersebut.
Selain Itu, alat pengesan frekuensi radio seperti rangkaian kawasan setempat tanpa wayar (wi-fi) juga mampu mengesan kewujudan kamera tersebut kerana kamera mudah alih dihubungkan menggunakan hubungan tanpa wayar.
Bagi mengesan kamera tetap pula agak mencabar kerana ia boleh disorok pada perkakasan seperti jam dinding, penghawa dingin, alat pencegah kebakaran atau apa-apa sahaja yang ada di kawasan terbabit.
Kamera ini agak bahaya kerana ia mempunyai fungsi infra merah yang boleh merakam video meskipun tanpa cahaya.
Namun apabila dalam keadaan kawasan yang gelap, anda boleh mengesan kamera tersebut dengan menggunakan aplikasi pada telefon pintar atau alat kawalan jauh diri kerana kamera itu akan menghasilkan kerdipan LED apabila berinteraksi dengan telefon pintar anda.
Asyraf Roslan
Wed Jun 12 2019
Terdapat dua kategori kamera tersembunyi yang perlu diketahui umum iaitu kamera mudah alih yang sering digunakan untuk intipan dan juga kamera tetap berwayar. - Gambar hiasan
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Takut dirakam, ini cara kesan kamera tersembunyi
Walau di mana jua kita berada, perlu sentiasa berhati-hati agar tidak di.
Nak tahu video palsu atau tidak? Ini apa anda perlu tahu
Media sosial merupakan satu medan penyebaran berita yang sangat cepat dan mudah.