SELAIN mahu membina 'six pack' dan lengan yang berurat, lelaki turut mahu membina dada besar yang seksi serta ‘berketak’.

Jika anda mempunyai masa dan ada keahlian gimnasium ia merupakan satu bonus. Namun buat anda yang mungkin lebih selesa bersenam di rumah, ia juga boleh dilakukan. Tanpa gunakan alat bantuan senaman!

Jadi apa caranya?

Untuk menyelesaikan masalah itu, berikut beberapa langkah senaman dan diharapkan ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan 'macho'.


1. Chair Dips


Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.

Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.

Tahap pelaksanaan: Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.

Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.

Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi


2. Rotation Pushup


Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.

Tahap pelaksanaan: Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.


3. Pull Up


Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.

Tahap pelaksanaan: Genggam palang 'pull up' selebar bahu. Gunakan cara pegangan 'overhand'.

Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.


4. Plyometric Push Up


Untuk anda yang sudah muak dengan latihan 'push up' biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.

Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.

Tahap pelaksanaan: Ambil posisi 'push up'. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.



* Artikel asal disiarkan di Maskulin.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!