SELALUNYA, restoran makanan segera yang popular merupakan tempat yang dituju jika kita ingin mengalas perut pada waktu malam.

Selain mudah dan murah, pelbagai menu yang tersedia juga cepat disediakan, membuatkan kita tidak perlu menunggu lama untuk menjamu selera.

Lebih-lebih lagi apabila kita ‘malas’ untuk masuk makan di restoran - hanya pandu lalu (drive thru) dan makan di rumah.
 

Lain pula ceritanya dengan sekumpulan remaja perempuan di Kuala Terengganu.

Tular di TikTok gelagat remaja-remaja ini yang menunggang kuda untuk membeli makanan di tengah malam di sebuah restoran segera di sana.

Video berkenaan bermula dengan kelibat tiga ekor kuda mereka yang menunggu dalam barisan di belakang sebuah kereta.

Selepas kereta berkenaan bergerak, remaja-remaja berkenaan menunggang kuda mereka ke hadapan dan membuat pesanan sebelum membuat bayaran.

Meninjau ruangan komen, ramai yang menyifatkan video berkenaan sebagai sesuatu yang melucukan.  - Gempak