Kajian mendapati bahawa sarapan yang penuh protein mampu membuatkan anda lebih kenyang, dan mengurangkan pengambilan makanan sepanjang hari.

Saintis University Missouri-Columbia menjalankan kajian ke atas 20 orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau wanita muda yang obes (berumur 18-20) yang tidak mengambil sarapan, mengambil sarapan yang tinggi protein termasuk telur dan daging tanpa lemak, atau yang makan semangkuk bijirin segera. Setiap sarapan yang diambil mengandungi 350 kalori dan sesuai untuk serabut diet, lemak, gula, dan ketumpatan tenaga. Sarapan tinggi protein, bagaimanapun, mengandungi 35 gram protein.

Peserta melengkapkan borang kaji selidik dan menyerahkan sampel darah sepanjang hari. Sebelum makan malam, imbasan otak menggunakan pengimejan fungsi magnetik resonans (fMRI) telah dilakukan untuk mengesan isyarat otak yang mengawal motivasi makanan dan pendorong sifat makan.

Mereka yang makan sarapan yang tinggi protein melaporkan rasa lebih kenyang, dan aktiviti otak mereka menyokong kenyataan tersebut berbanding dengan aktiviti rendah di kawasan yang bertanggungjawab untuk mengawal keinginan untuk makan. Sarapan tinggi protein juga mengurangkan keinginan makan snek petang yang tinggi lemak dan gula, berbanding dengan kumpulan-kumpulan lain.

Penemuan tersebut terdapat di dalam American Journal of Clinical Nutrition.

"Makan sarapan yang kaya dengan protein memberi impak ke atas keinginan untuk makan di penghujung hari, apabila orang cenderung untuk mengambil makanan ringan yang tinggi lemak atau gula," kata penulis kajian Heather Leidy dalam kenyataan akhbar universiti pada 26 Mac. "Data-data ini mencadangkan bahawa makan sarapan yang kaya dengan protein adalah salah satu strategi yang berpotensi untuk mengelakkan makan berlebihan dan meningkatkan kualiti diet dengan menggantikan makanan ringan yang tidak sihat dengan makanan sarapan berkualiti tinggi."

Jika anda sering meninggalkan sarapan, Leidy mencadangkan memberi masa tiga hari, kerana itulah masa yang diambil untuk tubuh menyesuaikan diri dengan makan awal.

Peserta kajian memakan telur dan makanan berasaskan daging seperti ‘burritos’ atau wafel berasaskan telur dengan sos epal dan sosej daging sebagai sebahagian daripada sarapan pagi yang tinggi protein. Leidy juga mencadangkan makan yogurt Yunani, keju kotej, atau daging khinzir batang pinang hancur sebagai alternatif untuk mencapai 35 gram protein.

Cara lain untuk menyingkirkan berat badan tambahan sebelum musim bunga? Memilih untuk rutin senaman pagi sebelum sarapan yang kaya dengan protein. Penyelidik dari Universiti Northumbria di UK mengatakan bahawa anda boleh membakar lebih 20 peratus lemak badan dengan bersenam pada waktu pagi semasa perut kosong. Penemuan diperoleh pada Januari ini dalam British Journal of Nutrition.

Akses kajian terbaru tersebut di: http://ajcn.nutrition.org/content/97/4/677.abstract?sid=4d4d3ef5-7326-4d62-931c-754c14e62ac9