Umpan tiruan atau juga dikenali sebagai gewang merupakan sesuatu yang dilekatkan pada kail (dibubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk menangkap ikan.
Gewang yang digunakan berbeza mengikut jenis ikan yang dipancing.
Seperti manusia, haiwan juga mempunyai selera yang berbeza-beza.
Ikan toman atau nama saintifiknya Channa Micropeltes merupakan sejenis ikan air tawar yang terdapat di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Ia boleh dimakan tetapi rasa tidak sesedap ikan-ikan lain.
Sesetengah kaum Cina gemar menggoreng ikan ini bersalut tepung.
Dalam pada itu, ia juga dikatakan boleh menggigit manusia yang disangkakan makanannya.
Kru Randuk kali ini telah mengenal pasti lima jenis gewang yang diperlukan untuk memancing ikan toman.
Berikut merupakan senarainya:
1) Gewang permukaan
Terdapat beberapa jenis gewang permukaan seperti 'pencil' dan 'popper'.
Ikan toman mengemari gewang ini kerana tertarik dengan percikan air dan aksi gewang yang seolah-olah bagaikan ikan yang cedera.
Gewang permukaan sering digunakan oleh para pemancing kerana penggayaan umpan tersebut senang dikawal.
Pemancing juga akan rasa puas apabila melihat ikan toman menyambar gewang tersebut.
2) Gewang selaman dalam
Setiap pemancing perlu ada gewang ini kerana perlu digunakan jika ikan toman tidak menunjukkan minat untuk menyambar di permukaan air.
Biasanya, pemancing akan tunggu ikan toman timbul lalu membaling gewang ini tepat pada permukaan di mana ikan akan timbul.
3) Gewang Jump Frog
Gewang Jump Frog atau JF semakin luas penggunaannya oleh kaki-kaki pancing di Malaysia kerana sifatnya yang sesuai untuk dibaling di kawasan yang banyak reba dan semak tanpa perlu takut tersangkut.
Ia merupakan gewang permukaan yang menyerupai seekor katak yang sangat disukai oleh ikan toman.
4) Gewang Buzz bait
Buzz bait kebiasaannya digunakan untuk memanggil ikan toman di tempat yang dalam atau tersembunyi di sekitar semak.
Gewang ini sangat praktikal kerana bunyinya yang amat bising menarik toman untuk menyambar.
Terdapat satu lagi gewang yang sama bentuknya dengan buzz bait, iaitu spinner bait.
5) Gewang Soft plastic
Gewang yang versatile dan mudah digunakan bergantung kepada jenis dan jenama ‘soft plastic’ yang pemancing gunakan.
Ada yang menyerupai katak, anak ikan, cacing dan macam-macam lagi.
Dengan kaedah rigging yang pelbagai, 'soft plastic' juga merupakan antara gewang yang pemancing perlukan.
Astro Awani
Tue Dec 19 2017
Ikan toman seberat empat kilogram ini ditangkap di Tasik Temenggor yang terletak di Hutan Simpan Royal Belum oleh kru Randuk beberapa minggu lepas. Ikan air tawar ini sering dijumpai di perairan serata Asia Tenggara.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Perhatian kaki pancing! Ini lima jenis umpan tiruan untuk 'pikat' ikan toman
Umpan tiruan atau juga dikenali sebagai gewang merupakan sesuatu yang dilekatkan pada kail (dibubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk menangkap ikan.