Ringkasan AI
- Perfume Paradise diiktiraf sebagai salah satu jenama tempatan paling berjaya dan berpengaruh di Malaysia dengan anugerah Superbrand 2024.
- Sejak penubuhannya pada tahun 2008, Perfume Paradise telah menawarkan wangian berkualiti tinggi dan tahan lama pada harga berpatutan, dengan lebih 70 pilihan wangian unik.
- Pengiktirafan ini mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan serta rakan niaga, dan mengesahkan usaha keras pasukan dalam menyampaikan piawaian tertinggi dalam industri wangian sambil mengekalkan harga yang mampu milik.
Penganugerahan itu disampaikan pada Majlis Anugerah Superbrands pada Jumaat, yang turut mengiktiraf 44 jenama lain.
Sejak penubuhannya pada tahun 2008, Perfume Paradise telah merevolusikan pasaran wangian tempatan dengan menawarkan wangian berkualiti tinggi dan tahan lama pada harga berpatutan, serta lebih 70 pilihan wangian unik.
Jenama ini telah mencapai penembusan pasaran dalam dan luar negara dengan slogan terkenal, "Spray Sekali, Wangi 3 Hari," sekali gus mencerminkan komitmen jenama untuk menyediakan wangian premium yang kekal lama.
Ketua Pegawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran berkata, penganugerahan itu mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan serta rakan niaga, serta mengesahkan usaha keras pasukan dalam usaha menyampaikan piawaian tertinggi dalam industri wangian sambil mengekalkan harga yang mampu milik.
“Anugerah ini adalah pengiktirafan kepada usaha keras kami bersama, dan saya berharap ia dapat membantu memperkukuhkan keyakinan para pelanggan terhadap produk kami, sekali gus membantu meningkatkan perniagaan para pengedar kami.
“Lebih bermakna lagi, saya berasa bangga kerana segala usaha yang telah saya curahkan sejak Perfume Paradise mula ditubuhkan pada tahun 2008 kini membuahkan hasil.
“Pengiktirafan ini merupakan satu tanda bahawa segala pengorbanan dan dedikasi kami selama ini telah dihargai, dan ia memberi motivasi untuk terus maju dan mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
"Terima kasih kepada Superbrands kerana mengiktiraf Perfume Paradise dengan anugerah yang sangat berprestij ini.
"Penghargaan ini adalah pencapaian terbesar kami setakat ini, dan ia memberi motivasi untuk kami terus berusaha memberikan yang terbaik,” katanya ketika ditemui di majlis Anugerah Superbrands Malaysia 2024, pada Jumaat.
Tidak sekadar jenama wangian, Perfume Paradise telah memperkasakan ratusan wanita di seluruh Malaysia sebagai reseller, memberikan mereka peluang ekonomi dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
Sementara itu, Duta Perfume Paradise, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai Muabellaz, sebagai pengguna setia Perfume Paradise, beliau amat berpuas hati dengan kualiti produk itu yang konsisten, selain turut menghargai hubungan kerjasama yang terjalin dengan baik selama ini.
“Sejak hari pertama, saya dapat melihat komitmen Perfume Paradise dalam menghasilkan wangian yang bukan sahaja berpatutan tetapi juga berkualiti tinggi.
“Selain itu, hubungan kerja yang baik dan kepercayaan yang terjalin antara saya dan Perfume Paradise menjadikan saya terus setia sebagai duta jenama ini.
"Saya bangga menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka,” ujarnya.
Sebagai jenama wangian tempatan pertama di Malaysia yang mencapai status Superbrands, Perfume Paradise akan terus komited dalam menawarkan kemewahan yang mampu milik, dengan memperkenalkan wangian baharu setiap bulan dan meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.