BANGKOK: Pereka fesyen Malaysia Hazzerwan Hazlee dan Maryam Musa, pengasas 'Wan & Mary' tampil mempamerkan koleksi moden kontemporari sutera Thai pada Minggu Fesyen Antarabangsa Sutera Thai kali ketiga yang berlangsung di Bangkok.
Koleksi 'La' Betta', diinspirasikan daripada 'Ikan Laga Siam' atau dikenali sebagai 'Ikan Laga' di Malaysia yang melambangkan kecantikan dan kebebasan.
Pasangan pereka ini menghasilkan sejumlah 26 helai pakaian sutera Thai dengan kombinasi sentuhan berdasarkan busana pakaian tradisional Malaysia seperti Kebaya.
Maryam berkata mereka berdua mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menyiapkan busana itu.
“Ini kali pertama Wan & Mary tampil di pentas pertunjukan fesyen antarabangsa. Ia juga merupakan koleksi terbesar yang pernah kami reka setakat ini,” katanya kepada Bernama selepas pertunjukan fesyen itu.
Sementara itu, Hazzerwan berkata koleksi mereka menampilkan pelbagai bentuk rekaan, menggunakan gabungan warna terang serta campuran daripada sutera Thai dan sutera tulle bagi mencipta penampilan demi-couture.
“Wan & Mary menggunakan sutera Thai untuk Baju Kurung atau pakaian tradisional rekaan kami. Bagaimanapun, pada pameran itu kami turut mempersembahkan pilihan pakaian sutera Thai moden kontemporari.
“Ramai mungkin menganggap sutera Thai hanya sesuai untuk pakaian tradisional. Kami berharap pertunjukan itu akan menggalakkan generasi muda memakai sutera Thai dengan rekaan kontemporari,” katanya.
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel dan isteri Datin Catherina Cherian Samuel turut hadir pada pertunjukan fesyen itu yang diadakan pada Sabtu.
Turut hadir ikon fesyen Malaysia dan pereka kasut antarabangsa Datuk Jimmy Choo.
Minggu fesyen itu dianjurkan Pejabat Perdana Menteri Thailand dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan dan Promosi Thailand sempena ulang tahun ke-90 Permaisuri Sirkit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Dari kiri, Maryam, Jojie, Catherina dan Hazzerwan bergambar ketika menghadiri Minggu Fesyen Antarabangsa Sutera Thai ketiga di Bangkok, 12 Dis 2022. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pereka Malaysia 'Wan & Mary' buat penampilan sulung di Minggu Fesyen Antarabangsa Sutera Thai
Koleksi 'La' Betta', diinspirasikan daripada 'Ikan Laga Siam' atau dikenali sebagai 'Ikan Laga' di Malaysia.