BERABAD lamanya, dua buah rumah Allah yang berpusat di Arab Saudi iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram menerima kedatangan jemaah haji dari seluruh dunia.
Menariknya, lantai marmar putih berkilauan yang mengelilingi Kaabah tetap sejuk, walaupun pada musim panas.
Ini disebabkan pemilihan bahan binaan masjid yang unik.
Barangkali, ramai yang tidak mengetahui marmar dari Thassos, timur Greece, berhampiran Kavala di Laut Aegean, mempunyai salah satu ciri paling jarang ditemui.
Oleh kerana rupa fizikalnya yang putih bersih dan pantulan cahaya yang tinggi, marmar Thassos, atau dikenali dengan nama marmar putih salji, mempunyai kemampuan penyerapan haba yang paling rendah.
Arab News dalam artikelnya berkata, batu yang sama juga ditemui pada dinding, lantai dan patung beberapa tapak terhebat dalam sejarah, termasuk makam Macedonia purba di Amphipolis (yang terbesar pernah ditemui di Greece) dan Hagia Sophia di Istanbul.
Ciri unik batu ini membuatkan harganya tidak murah. Sekeping jubin boleh berharga antara AS$250 (RM1,109) dan AS$400 (RM1,774) setiap meter persegi, menurut pembekal marmar India, RMS Marble.
Setiausaha Agung Hal Ehwal Teknikal, Operasi dan Penyelenggaraan, Fares Al-Saedi memberitahu Arab News, marmar Thassos juga mampu kekal sejuk walaupun ketika cuaca panas terik, yang boleh mencapai 55 Celsius pada musim panas.
“Penyelenggaraan dilakukan 24 jam oleh lebih 40 jurutera dan juruteknik… setiap papak marmar setebal lima sentimeter dan apa yang menyerlahkannya ialah keupayaannya menyerap lembapan melalui liang halusnya pada waktu malam dan melepaskan lembapan itu pada siang hari, menjadikannya lebih sejuk di bawah suhu tinggi,” katanya.
Menurut Al-Saedi, kerajaan Arab Saudi membuat keputusan mengimport batu yang secara semulajadi boleh mendinginkan lantai masjid yang sangat luas, serta di ruang terbuka yang tidak pernah berhenti menerima kehadiran jutaan jemaah setiap tahun.
Dalam usaha memastikan pemasangan lantai berkenaan menepati kriteria, kepimpinan tertinggi rumah ibadah itu mengawasi kerja-kerja penyelenggara marmar di seluruh kawasan masjid termasuk cara merawat, memulihkan dan menggilap marmar atau mengganti jubin-jubin lama yang rosak dan dan tidak dapat digunakan lagi.
Kajian yang dilakukan menemukan marmar Thassos memiliki daya tingkat refleksi sinaran matahari yang tinggi dan peningkatan termal yang tinggi dibandingkan dengan batu kapur iaitu batu lain yang lazimnya digunakan dalam seni bina Islam.
Agensi
Wed Apr 19 2023
![Mengapa lantai Masjidil Haram, Masjid Nabawi kekal sejuk walaupun pada musim panas? Mengapa lantai Masjidil Haram, Masjid Nabawi kekal sejuk walaupun pada musim panas?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604395877_TBMasjidilHaram.jpg)
Marmar Thassos mampu kekal sejuk, walaupun panas terik yang boleh mencapai 55 Celcius pada musim panas. - Gambar fail AP Photo
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739809710_kaabahhajiarabs.jpg)
Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais telah meluluskan jadual solat Tarawih dan Tahajud bagi kedua-dua masjid suci sepanjang bulan Ramadan 1446
![Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718680257_shuib.jpg)
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
![Pasukan pengakap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji Pasukan pengakap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718412824_Pasukanpengangkap.jpg)
Pasukan pengakap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji
Antara tugasan yang mereka lakukan ialah mengedar peta terperinci dan interaktif untuk membantu jemaah.
![Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717375794_ArabSaudi.jpg)
Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
![Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/61442123369_MeccaCrane.jpg)
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
![2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidil Haram, penuhi hampir segenap ruang Kota Mekah 2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidil Haram, penuhi hampir segenap ruang Kota Mekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712447416_MinistryofHajjand.jpg)
2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidil Haram, penuhi hampir segenap ruang Kota Mekah
Para jemaah memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar hingga lebih satu dan dua kilometer dari kawasan masjid.
![25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram sempena Ramadan 25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram sempena Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710387081_tbKarpetmasjidilha.jpg)
25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram sempena Ramadan
Sebanyak 50 tempat mengambil wuduk juga disediakan untuk kegunaan di dalam masjid dan 3,000 tandas di halamannya.
![Projek 'Designing Future Vision' bawa mesej kesederhanaan Islam di Tanah Suci Projek 'Designing Future Vision' bawa mesej kesederhanaan Islam di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696809668_TBAbdRahmanSudais.jpg)
Projek 'Designing Future Vision' bawa mesej kesederhanaan Islam di Tanah Suci
Ia diumumkan Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, dalam misinya mencapai kepemimpinan yang cemerlang melalui program berunsur keagamaan.
![Jemaah haji melontar dalam keadaan cuaca panas terik Jemaah haji melontar dalam keadaan cuaca panas terik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687994012_Hajj.jpg)
Jemaah haji melontar dalam keadaan cuaca panas terik
Lebih 1.8 juta jemaah haji menunaikan ibadah itu pada tahun ini dalam musim haji pertama tanpa sekatan sejak penularan COVID-19.
![Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654684071_GrandMosque.jpg)
Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam ke-27 Ramadan untuk menunaikan ibadah tarawih dan amalan berkaitan.