Sebilangan perokok dalam kalangan wanita berkerjaya mempercayai 'mitos' bahawa merokok boleh menguruskan badan, menurut Timbalan Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) Dr Mymoon Alias.
Pemerhatian juga mendapati golongan wanita yang bekerja lebih ramai merokok atas faktor gaya hidup untuk memiliki ketrampilan diri yang baik bagi menarik perhatian umum, katanya.
Dr Mymoon berkata meskipun kerajaan melakukan kempen antimerokok 'Tak Nak' dan mempromosikan kesan merokok terhadap wanita secara meluas namun mereka masih kurang sedar akan bahaya merokok.
"Merokok memberi kesan kepada kecantikan wanita, ketrampilan muka iaitu kulit jadi tidak cantik dan bibir jadi hitam. Tetapi mungkin mereka ini tidak tahu atau mungkin buat tidak kisah. Saya tidak nafikan dalam rokok ada nikotin yang boleh buat mereka ketagih, itu masalah," katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2013 dan Persidangan Kawalan Tembakau ke-5.
Sehubungan itu, beliau menyeru golongan perokok wanita agar mengambil berat terhadap kesan negatif merokok kepada diri mereka dengan membentuk disiplin diri yang tinggi untuk meninggalkan tabiat itu demi kelangsungan kesihatan yang baik.
Dr Mymoon berkata golongan perokok pasif ketiga juga turut berisiko mendapat penyakit kanser, jantung dan angin ahmar seperti perokok aktif kerana asap rokok yang mempunyai racun akan melekat di persekitaran dan memberi kesan kepada mereka.
"Dalam rokok ada kira-kira tujuh ribu racun dan dalam asap pun ada racun yang boleh melekat di mana-mana. Misalnya dalam rumah kalau suami menghisap rokok, asap itu akan melekat di sofa dan apabila isteri ataupun anak-anak duduk dan terbau asap, mereka juga boleh terkena racun itu," katanya.
Sementara itu, Bendahari MCTC Muhammad Sha'ani Abdullah meminta kerajaan mempercepatkan proses membentangkan rang undang-undang kawalan tembakau di Parlimen.
Muhammad Sha'ani berkata akta sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 dilihat masih tidak berkesan untuk mengawal hasil tembakau dan mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini.
"Sekiranya kerajaan tidak berbuat apa-apa kami akan gubal rang undang-undang kawalan tembakau sendiri dan seterusnya akan mencari mahupun akan mempelawa mana-mana anggota Parlimen yang sudi membantu kami bentangkan di Parlimen yang dipanggil kaedah 'private members bill' (rang undang-undang anggota persendirian)," katanya.
Bernama
Fri May 17 2013
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
RUU produk merokok: MCTC harap kerajaan komited tamatkan tabiat merokok
Kerajaan perlu memastikan langkah pencegahan yang lebih berkesan dilaksanakan bagi mencapai peruntukan Generasi Penamat (GEG).
MCTC kesal KKM keluarkan nikotin daripada senarai racun
MCTC terkilan akan keputusan itu sungguhpun sudah banyak desakan dan rayuan dibuat pakar kesihatan.
NGO gesa pengharaman vape secara menyeluruh
Sebanyak lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak kerajaan untuk segera mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di Malaysia.
Rokok elektronik: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia tidak positif dengan keputusan KKM?
Undang-undang perlu diperketatkan agar peranti berkenaan tidak dijual secara terbuka biarpun ia diberi kebenaran oleh kementerian.
Larangan merokok: Peniaga tak perlu risau
Peniaga sepatutnya lebih menjaga golongan majoriti (bukan perokok) berbanding minoriti (perokok).
MCTC akan terus gesa kerajaan naikkan cukai rokok
Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) akan terus menggesa kerajaan untuk menaikkan harga rokok untuk mengawal peningkatan jumlah anak muda merokok di negara ini.
Pengecualian produk tembakau daripada rundingan TPPA tidak boleh dikompromi
Majlis Kawalan Tembakau Malaysia akan melihat respon perunding dari Amerika Syarikat terhadap isu kawalan tembakau dan sekaligus akan mencerminkan ketelusan negara itu.
MCTC: Perokok wanita percaya mitos palsu
Sebilangan perokok dalam kalangan wanita berkerjaya mempercayai 'mitos' bahawa merokok boleh menguruskan badan.