Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak agar kerajaan segera mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negara ini.
Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Prof Datuk Dr Lekhraj Rempal berkata, ketika ini fenomena rokok elektronik berada pada tahap berbahaya dan usaha mendesak pengharaman vape ini telah digerakkan sejak tahun 2015.
"Penggunaan vape ini telah jelas membahayakan kesihatan dan ini terbukti dengan kes kematian di negara luar akibat penyakit paru-paru dan tidak perlu lagi kajian untuk mengharamkan vape di Malaysia.
"Lebih menyedihkan ada pihak yang mahukan bukti dan kajian berhubung bahaya vape, persoalannya kita sudah lihat beberapa kes kematian dan adakah kita sanggup untuk melihat kes kematian berterusan akibat vape?," katanya ketika sidang media di Persatuan Perubatan Malaysia, di sini pada Khamis.
Menurut Dr Lekhraj, lebih buruk lagi penggunaan vape ini telah mula merebak luas sehingga melibatkan pelajar sekolah yang mula terjerat dengan ketagihan nikotin.
"Paling membimbangkan apabila ada di kalangan keluarga sendiri yang jual produk vape dan jual kepada pelajar sekolah," katanya lagi.
Kajian pada tahun 2016 menganggarkan seramai 300,000 pelajar sekolah terlibat dengan penggunaan vape.
Sementara itu pakar perunding respirotari Universiti Mahsa, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Mutallif menekankan sebahagian pengguna masih beranggapan penggunaan vape ini sebagai satu langkah yang selamat atau alternatif lain menggantikan rokok tetapi sebaliknya mereka berdepan risiko kesihatan yang tinggi.
"Tidak dinafikan bau asap vape wangi berbanding asap rokok secara tidak langsung menarik minat terutamanya golongan pelajar.
"Mereka tidak sedar wap yang masuk pada tubuh badan jelas mengandungi bahan kimia berbahaya sekaligus menjejaskan paru-paru dan ini termasuk kandungan perisa vape yang mengandungi bahan terlarang tanpa disedari," jelasnya.
Sehingga hari ini, sebanyak 43 buah negara telah mengambil langkah melarang penjualan dan penggunaan vape antaranya Thailand, Singapura, Brunei dan Kemboja dimana negara-negara terbabit telah mengharamkan secara menyeluruh.
Baru-baru ini kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan telah mewujudkan satu jawatankuasa kerja pakar bagi mengkaji kemungkinan larangan secara menyeluruh terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape.
Hilmi Malik
Thu Oct 24 2019
Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak agar kerajaan segera mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negara ini. - Foto Astro AWANI/HILMI MALIK
Pasca tsunami 20 tahun: Komuniti berdaya tahan bencana Desa Weu Raya, Loknga
Bagi masyarakat di Aceh, daya tahan berkaitan bencana bukanlah berkara asing buat mereka.
Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Siasatan polis mendapati kematian kucing di Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini dipercayai akibat serangan anjing liar.
Slovenia mohon Israel dikecualikan daripada Eurovision 2025
Slovenia secara rasmi memohon agar Israel dikecualikan daripada pertandingan lagu Eurovision 2025, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media Israel.
AWANI Ringkas: Angin kencang landa Semporna
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit.
Media sosial: Albania umum larangan TikTok selama setahun
Albania pada Sabtu mengumumkan larangan selama setahun terhadap aplikasi popular video pendek, TikTok, susulan kejadian pembunuhan seorang remaja bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan terhadap pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak.
Bantuan Awal Persekolahan diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda sah bergelar isteri Mohamed Amirul
Personaliti Astro AWANI Nabilah Khaleeda selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Mohamed Amirul Azmi dengan sekali lafaz di Shah Alam kira-kira jam 11 pagi Sabtu.
CAP harap KKM ikut saranan Sultan Pahang haramkan vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berharap Kementerian Kesihatan menurut titah Al-Sultan Abdullah yang menyarankan agar vape diharamkan.
NGO gesa pengharaman vape secara menyeluruh
Sebanyak lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak kerajaan untuk segera mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di Malaysia.