Bendahari Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC),Muhammad Sha'ani Abdullah menegaskan bahawa tuntuan Malaysia untuk mengecualikan produk tembakau daripada rundingan Rundingan Perjanjian Transpasifik (TPPA) tidak boleh dikompromi kerana ia melibatkan isu kesihatan.

Ini juga kerana Malaysia bersama dengan 11 anggota negara lain di dalam rundingan TPPA telah berikrar untuk mengikut garis panduan tembakau yang dikeluarkan oleh Organisasi Perdagangan Dunia (WTO)

“Ini adalah satu perkara yang menjadi tuntutan atau tumpuan sejagat, di mana sebelas lagi negara rundingan menjadi negara yang berpihak kepada konvensyen rangka kerajaan dan konvensyen tembakau di bawah organisasi kesihatan sedunia,” kata beliau dalam program Bisnes AWANI.

Saksikan temubual ekslusif bersama Muhammad Sha'ani Abdullah yang bersempena dengan pusingan rundingan ke 19 TPPA di Brunei Darussalam.