Kajian di Australia mendapati alat mainan mempunyai pengaruh penting terhadap pilihan makanan dalam kalangan kanak-kanak, lapor agensi berita China Xinhua.
Hasil kajian diterbitkan Majlis Kanser Victoria (CCV), mendapati kanak-kanak berusia antara lima dan sembilan tahun, lebih cenderung memilih makanan sihat jika disertakan dengan mainan percuma seperti watak dalam filem popular.
Kajian dilakukan terhadap 1,000 kanak-kanak mendapati, apabila ditawarkan beberapa pilihan makanan sihat dan tidak sihat selepas menonton treler filem, didapati secara keseluruhan kanak-kanak cenderung memilih makanan tidak sihat.
Namun, jika makanan sihat disediakan berserta mainan, pilihan terhadap makanan sihat oleh kanak-kanak menunjukkan peningkatan.
Anggota Gabungan Dasar Obesiti Jane Martin berkata, amalan strategi pemasaran makanan tidak sihat terhadap kanak-kanak harus dikawal.
Sangat sukar untuk melindungi anak-anak daripada promosi seperti itu dan hampir mustahil.
Satu daripada empat kanak-kanak Australia dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan membuat pilihan makanan lebih sihat, kata Martin kepada media Australia pada Selasa.
Beliau berkata, mainan dan hadiah hanya dibenarkan diberikan bersama dengan pakej makanan sihat dan langkah itu boleh memupuk minat serta keinginan kanak-kanak menikmati makanan sihat.
Seorang penyelidik utama CCV Helen Dixon bersependapat dengan Martin, bahawa syarikat pengeluar makanan kanak-kanak perlu memenuhi kriteria pemakanan sihat sebelum membuat sebarang promosi dengan pemberian hadiah.
"Kita tahu dari analisis kandungan iklan di televisyen dan media lain, produk makanan tidak sihat seperti gula-gula, bijirin sarapan pagi, makanan ringan dan segera sangat berlebihan.
"Kita sedia maklum daripada segi pemasaran, syarikat tidak akan melabur jika ia tidak memberikan hasil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2017

Penyelidik berkata, dari analisis kandungan iklan di televisyen dan media lain, produk makanan tidak sihat seperti gula-gula, bijirin sarapan pagi, makanan ringan dan segera sangat berlebihan. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Disangka alat mainan, rupanya bom
Siasatan mendapati objek itu adalah sebutir bom jenis mortar berukuran sepanjang 30 sentimeter seberat tiga kilogram.

Makanan sihat disertakan mainan beri kesan kepada tabiat pemakanan kanak-kanak - kajian
Kanak-kanak berusia antara lima dan sembilan tahun lebih cenderung memilih makanan sihat jika disertakan dengan mainan percuma seperti watak dalam filem popular.