Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri berdoa agar jodohnya bersama Nurmajdina dipanjangkan sehingga ke syurga.
“Happy 5 years anniversary sayang Nurmajdina. Semoga Allah pelihara jodoh kita sampai ke syurga.
“Isteri yang sangat tabah dan hebat. Maaf untuk apa yang telah berlaku. Insya-Allah Allah is the best planner,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Abang Tesla turut memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Terdahulu, Abang Tesla mencetuskan kontroversi gara-gara membuat naik video pengakuan bakal berkahwin lain dengan persetujuan isteri pertama. - Gempak