Jenama produk penjagaan rambut L'Oreal Professionnel melancarkan Hair Fashion Night bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan perunding gaya rambut secara percuma.
Menurut Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi syarikat, Nicole Le, L'Oreal Professionnel Malaysia adalah yang pertama dan satu-satunya syarikat melancarkan Hair Fashion Night di peringkat Asia Pasifik.
"Ini adalah pengiktirifan yang tinggi bagi kami, kerana kami adalah yang pertama untuk menyediakan platform yang besar, mengumpulkan rakan kongsi salon, pendandan rambut untuk menyediakan perkhidmatan rundingan dan nasihat kepada rakyat Malaysia," katanya selepas pelancaran Hair Fashion Night di sini, pada Isnin.
Acara itu berlangsung selama dua hari bermula Isnin di Pusat Membeli Belah Pavilion, di sini.
Selain itu, acara terbabit turut mengetengahkan 'Colour For Life' bagi mengumpul dana yang akan disumbang kepada Yayasan AIDS Malaysia yang dikhususkan untuk kanak-kanak yang dijangkiti HIV.
Katanya lagi, inisiatif yang diperkenalkan pada 2002, berjaya mengumpul dana lebih RM350,000 setakat ini bagi membantu kanak-kanak tidak bernasib baik ini.
"Kami akan mengumpul dana ini dengan menjual beg kitar semula pada harga RM30. Orang ramai boleh mendapatkannya.
"Ini adalah cara yang terbaik untuk membuka hati, mainkan peranan masing-masing dan membuat perubahan ini yang akan memberi warna dalam kehidupan kanak-kanak yang menhidap dan terkesan daripada HIV," katanya.
Jelasnya lagi, usaha L'Oreal Professionnel turut mendapat kerjasama lapan pereka terkenal termasuk Datuk Jimmy Choo, Datuk Tom Abang Saufi, Eric Choong dan Winnie Sin.
Sementara itu, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, usaha L'Oreal Professionnel akan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kanak-kanak yang menghidap HIV.
"Ini adalah acara yang menarik perhatian masyarakat umum, dan mereka boleh mengetahui isu kanak-kanak dengan HIV seterusnya boleh menyumbang wang kepada anak-anak ini," katanya.
Pada masa sama, L'Oreal Professionnel turut melancarkan aplikasi telefon pintar terbaru, 'Style My Hair' untuk platform android dan iPhone.
Ia membolehkan orang ramai untuk membuat pengubahsuaian pelbagai gaya rambut menerusi gambar wajah masing-masing.
Dania Zainuddin
Tue May 17 2016
![L'Oreal lancar Hair Fashion Night L'Oreal lancar Hair Fashion Night](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463456762_Loreal.jpg)
L'Oreal Professionnel Malaysia adalah yang pertama dan satu-satunya syarikat melancarkan Hair Fashion Night di peringkat Asia Pasifik.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![L'Oreal lancar Hair Fashion Night L'Oreal lancar Hair Fashion Night](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463456762_Loreal.jpg)
L'Oreal lancar Hair Fashion Night
L'Oreal Professionnel Malaysia adalah yang pertama dan satu-satunya syarikat melancarkan Hair Fashion Night di peringkat Asia Pasifik.