Sebuah video yang memaparkan kumpulan koir menyanyikan lagu nasyid, Tala' al-Badru 'Alayna, dikongsi di laman YouTube, dan dikatakan salah satu cara rakyat Kanada meraikan kedatangan saudara-saudara baru mereka itu.
Bagaimanapun, bila dan di mana video itu dirakamkan tidak diketahui.
Video itu dikongsi oleh pengguna YouTube dengan nama moepheusali pada Jumaat dan sudah mencatat tontonan lebih 300 ribu.
Ramai yang terharu dengan usaha yang dilakukan kumpulan koir ini dan menyifatkan ia bagaikan nafas baru dalam usaha memupuk rasa hormat di kalangan masyarakat berbeza agama dan kaum.
Tala' al-Badru 'Alayna merupakan sebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh golongan Ansar kepada Nabi Muhammad SAW sewaktu menyambut kepulangan baginda di Madinah selepas tamat Perang Tabuk.
Video kredit laman YouTube moepheusali.