KUALA LUMPUR: Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJAM) mencipta rekod terbaharu dengan menawan 14 puncak gunung tertinggi dalam negara dalam tempoh 87 hari pada September hingga Disember tahun lepas.
KJAM dalam kenyataan hari ini berkata pendakian dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan tujuh gunung tertinggi di kepulauan Borneo dan tujuh gunung tertinggi di Semenanjung, bermula dari Gunung Tambuyukon, Sabah dan berakhir di Gunung Mulu, Sarawak.
Dalam kenyataan sama, pendaki terlibat yang juga Presiden KJAM, Muhammad Illaham Ishak berkata selain mencatat rekod menamatkan pendakian 14 puncak paling pantas, misi '14 Peaks Malaysia' juga melakar dua lagi rekod iaitu Pendakian 7 Puncak tertinggi Sabah (Sabah 7 Summits) dalam tempoh 14 hari dan Pendakian 7 Puncak tertinggi di Semenanjung (G7 Malaya) dalam tempoh 30 hari.
Beliau berkata pendakian menerusi projek pendakian khas KJAM itu yang merujuk kepada Malaysia Book of Records iaitu '14 Peaks Malaysia', akan dibukukan untuk memberi panduan dan maklumat kepada pendakian gunung di negara ini.
"Saya berharap ada pendaki lain yang dapat menawan 14 puncak berkenaan dengan rekod lebih pantas sekali gus mempromosi dan meningkatkan industri sukan mendaki hutan hujan Khatulistiwa di Malaysia dalam kalangan pendaki dalam dan luar negara," katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada pendaki sokongan dan pihak yang terlibat menjayakan misi pendakian tersebut.
Muhammad Illaham, 46, pernah menawan puncak Everest laluan Tibet pada 2011 dan Everest laluan Nepal pada 2013 selain berjaya menawan puncak tertinggi benua Eropah iaitu Gunung Elbrus sebanyak tujuh kali.
Beliau juga berjaya ke puncak tertinggi benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro sebanyak dua kali dan puncak tertinggi benua Australasia iaitu Gunung Carstensz Pyramid di wilayah Papua, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023

KJAM dalam kenyataannya berkata, rekod pendakian dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan tujuh gunung tertinggi di kepulauan Borneo dan tujuh gunung tertinggi di Semenanjung. - FB Alpine Club Malaysia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aplikasi mudah alih mendaki Bukit Bendera untuk tingkat keselamatan pendaki dilancarkan
Aplikasi itu membantu pengguna menempuh laluan mendaki, dengan menyediakan teknologi sistem pemantauan dan penjejakan lokasi masa nyata.

Zulkifli sempat hantar isyarat kecemasan kepada keluarga
Allahyarham Zulkifli sempat menghantar isyarat kecemasan ketika terkandas di kawasan berhampiran puncak Gunung Denali.

Nepal digesa perketat peraturan mendaki untuk kurangkan kes kematian di Everest
Terdapat banyak pengendali membawa pelanggan mereka ke Everest namun tidak memahami cara untuk menghindari atau bertindak apabila terjadi kemalangan.

KJAM tawan 14 puncak tertinggi negara dalam 87 hari tahun lepas
Pendakian dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan tujuh gunung tertinggi di kepulauan Borneo dan tujuh gunung tertinggi di Semenanjung

Lelaki maut ketika mendaki Gunung Pulai
Pihak KKM bertindak membuat pemeriksaan dan mangsa telah disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Elango, 64, teruja takluk Everest!
Sekiranya misi itu berjaya, beliau antara rakyat Malaysia tertua yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.

Lima pendaki maut dalam ribut salji di Gunung Elbrus, Rusia
Gunung Elbrus dikenali dengan risiko cuaca ekstrem yang boleh berubah secara mendadak, sekali gus menyukarkan laluan pendakian.

Wira Everest kongsi pengalaman sempena pendakian santai Krismas
Manfaatkan masa terluang melakukan pendakian santai bersama dua wira Everest Malaysia di Bukit Wawasan, Puchong dekat sini hari ini.

Selepas tujuh bulan, Gunung Everest kembali dibuka kepada pendaki
Buat masa ini, kemasukan pelancong adalah terhad terutamanya kepada pelancong yang ingin melakukan pendakian.

KKM kata tutup, masih ada lagi yang nak daki Bukit Broga...
Terdapat 28 individu berumur lingkungan 20 hingga 44 tahun telah melakukan aktiviti pendakian di bukit tersebut.