KUALA LUMPUR: Bekas atlet trek dan padang legenda Amerika Syarikat Jacqueline Joyner-Kersee pernah berkata: "Umur bukan penghalang, tetapi batasan yang anda fikirkan."
Kata-kata pemenang pingat emas Olimpik tiga kali itu, terpahat kukuh dalam fikiran pendaki gunung Malaysia N. Elanghovan, 64, atau lebih dikenali sebagai Elango, yang bertekad mahu menakluk Gunung Everest dalam tempoh dua bulan.
Sekiranya misi itu berjaya, beliau antara rakyat Malaysia tertua yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.
Setakat ini hanya kira-kira dua dozen rakyat Malaysia berjaya mendaki Everest, yang mempunyai ketinggian 8,849 meter.
"Umur bukan faktor. Ia adalah minda yang perlu kita takluki. Kita perlu mempunyai fikiran yang positif untuk mencapai matlamat kita, tidak kira sama ada ia kecil atau besar. Saya percaya saya boleh realisasikan impian sepanjang hayat saya," kata Elango kepada Bernama.
Dilahir dan dibesarkan di Cameron Highlands, yang telah biasa menelusuri teres berbukit dan hutan sejak muda dan cintanya kepada alam semula jadi sudah menjadi ibarat darah daging dalam diri beliau.
"Kami biasa keluar potong kayu, meredah hutan dan gunung di Cameron Highlands, jadi saya sudah biasa mendaki dan aktiviti berkaitan. Hutan adalah seperti rumah kedua bagi saya dan saya sentiasa menghormati setiap bukit dan gunung yang saya daki, tidak kira kecil atau besar.
"Berasal dari Cameron Highlands, komuniti luar bandar, saya tidak dapat capai banyak perkara semasa saya muda. Tetapi selepas menempuh kehidupan pada usia ini, saya mahu mencapai perkara yang lebih besar," kata bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memutuskan untuk bersara awal, tujuh tahun lalu bagi menumpukan aktiviti pendakian.
Elango ialah ahli 'Keluarga Malaysia-Everest Expedition 2022' diketuai pendaki Everest dua kali, T. Ravichandran, 57. Ia turut disertai Oisin Jangin Bagly, 25, dari Sarawak dan warga Sabah, Adelinah Lintanga, 35. Mereka akan berlepas ke Kathmandu, Nepal, pada 25 Mac sebelum meneruskan destinasi ke Lukla, beberapa hari kemudian.
Elango berkata pasukan itu dijangka tiba di Everest Base Camp (EBC) pada awal April, selepas mendaki sembilan hari dari Lukla, untuk menjalani latihan teknikal dan penyesuaian di kawasan tinggi serta keadaan cuaca yang melampau, sebelum cuba menakluk puncak tertinggi dunia itu pada Mei.
Bagi mempersiapkan dirinya untuk ekspedisi itu, Elango telah berjaya menawan puncak Island Peak (6,189m), Everest Base Camp (5,360m), Annapurna Base Camp (4,130m) dan Gunung Kalapathar (5,643m), semuanya di Nepal, serta Gunung Kilimanjaro (5,895m) di Tanzania - puncak tertinggi di benua Afrika dan Gunung Fuji (3,776m) di Jepun.
Ravichandran yang lebih dikenali sebagai Ravi Everest, selepas berjaya menawan gunung tertinggi dunia itu dari South Face yang popular di Nepal dan North Face di Tibet, percaya dengan kemampuan Elango.
"Saya percaya keupayaan Elanghovan untuk mencapai impiannya berdasarkan prestasinya semasa pendakian dan latihan bersama sebelum ini. Dia telah menunjukkan prestasi yang sangat baik semasa latihan, dengan kematangan, kesediaan dan ketenangannya. Saya fikir dia akan melakukan lebih baik daripada apa yang kami semua lakukan pada perjalanan pertama kami.
"Saya berharap kumpulan rakyat Malaysia akan berdiri di puncak bersama-sama dan kembali ke tanah air dengan selamat. Apabila kembali, saya berharap kami akan dapat meluangkan enam bulan masa kami untuk masyarakat, memberi inspirasi kepada orang kurang upaya untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti yang telah kami janjikan," katanya.
Elango telah merancang untuk menawan Everest pada tahun 2020 selepas membuat persiapan dari segi fizikal dan mental tetapi penularan pandemik COVID-19, dia terpaksa menunggu dengan sabar selama dua tahun untuk merealisasikan impiannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
"Umur bukan faktor. Ia adalah minda yang perlu kita takluki. Kita perlu mempunyai fikiran yang positif untuk mencapai matlamat kita, tidak kira sama ada ia kecil atau besar." - Bernama
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Elon Musk menyatakan sokongannya terhadap parti Alternative for Germany (AfD) dalam sebuah rencana pendapat untuk akhbar tempatan Jerman, yang diterbitkan Sabtu lalu.
Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AfD dapat menyelamatkan Jerman."
Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AfD dapat menyelamatkan Jerman."
Kapten Burnley nafi ada pertalian darah dengan Malaysia
Josh Brownhill, menafikan bahawa dirinya ada pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.
Israel tahan 240 warga Palestin selepas serbuan hospital
Israel menahan lebih 240 warga Palestin, termasuk puluhan petugas perubatan, selepas serbuan di Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan dan tentera Israel.
Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya, turut ditahan
Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya, turut ditahan
Lelaki tikam jiran kerana main cinta dengan isteri
Siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada cemburu kerana suspek mengetahui mangsa menjalin hubungan asmara dengan isterinya.
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AFD dapat menyelamatkan Jerman".
Israel tahan 240 warga Palestin selepas serbuan di hospital
Israel menahan lebih 240 warga Palestin, termasuk puluhan petugas perubatan, selepas serbuan di Hospital Kamal Adwan.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di EU.
Elanghovan dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records rakyat Malaysia tertua daki Everest
Pendaki gunung, N. Elanghovan, menerima Anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai rakyat Malaysia tertua mendaki puncak Gunung Everest.
Elanghovan rakyat Malaysia tertua takluk Everest
Elango mengemukakan permohonan agar pencapaiannya itu tercatat dalam Buku Rekod Malaysia.
Elango, 64, teruja takluk Everest!
Sekiranya misi itu berjaya, beliau antara rakyat Malaysia tertua yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu.