KUALA LUMPUR:Sempena cuti Krismas, ramai rakyat Malaysia memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga atau mengunjungi pusat beli-belah.
Bagaimanapun bagi peminat aktiviti lasak, mereka memanfaatkan masa terluang melakukan pendakian santai bersama dua wira Everest Malaysia di Bukit Wawasan, Puchong dekat sini hari ini.
Datuk M. Magendran dan Datuk N. Mohanadas, yang mengetuai sekumpulan kecil pendaki termasuk petugas Bernama, berkongsi kisah menarik mereka menawan puncak gunung tertinggi dunia itu pada 1997 sepanjang tiga jam meredah trek pendakian, bermula 8 pagi.
Pendaki yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu lapan tahun hingga 60-an, mematuhi dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengamalkan penjarakan fizikal dan mereka juga mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera di kaki bukit sebelum mendaki bukit setinggi 233 meter itu.
Magendran, rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest, 15 minit sebelum rakan sepasukan Mohanadas, berkata lebih ramai rakyat Malaysia kini meminati aktiviti pendakian, yang telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan hobi berbanding tahun 1990-an.
"Saya gembira aktiviti mendaki telah menjadi gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami tidak melihat suasana ini pada 1990-an. Tetapi pada masa sama, kita mempunyai tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar dan memastikan kebersihannya," katanya kepada Bernama, dan menambah ia adalah pendakian pertamanya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Senada dengan rakannya, Mohanadas berkata pendaki harus bertanggungjawab menjaga alam sekitar dengan tidak mengganggu flora dan fauna serta tidak membuang sampah di sepanjang laluan.
Pada 23 Mei 2022, wira negara ini akan meraikan Jubli Perak sempena kejayaan mereka menakluk puncak Gunung Everest pada tahun 1997.
Sementara itu, bagi A. Saravanan, 46, yang menyertai pendakian itu bersama anak lelaki dan anak perempuannya berusia 12 dan 14 tahun berkata beliau teruja dan memberikan inspirasi kepadanya ketika mendengar pengalaman kedua-dua pendaki negara itu.
"Semasa mendaki, kami belajar beberapa petua daripada mereka seperti teknik pernafasan. Ia adalah pengalaman yang baik bagi kami, terutama kanak-kanak yang lebih terinspirasi untuk meraih lebih banyak penghargaan mendaki untuk negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020

Magendran (dua, kiri) dan Mohandas berbual sambil menceritakan pengalaman mereka mendaki Gunung Everest ketika mendaki Bukit Wawasan sempena cuti umum perayaan Hari Natal hari ini. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

5 lokasi riadah menarik di ibu kota untuk rehatkan minda
Lima lokasi ini menjanjikan ketenangan buat pengunjung untuk menikmati kehijauan rimba dan panorama indah tanpa perlu memandu jauh.

Alif Satar perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat ke UK
Alif akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di UK bagi merealisasi inisiatif berkenaan.

Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura
Orang ramai mengambil peluang memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah.

Kegembiraan lapan sahabat beriadah di air terjun bertukar tragedi
Mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Janda Baik, adalah seorang pelajar IPTA di Selangor.

Keindahan alam semula jadi tarikan di Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer
Destinasi itu juga memiliki daya tarikan tersendiri antaranya rimba herba Perlis dan kolam untuk pengunjung mandi-manda.

Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim

Penduduk Bukit Jelutong desak pemaju, PBT batalkan projek di kawasan riadah
BJRA berharap padang hijau itu dikekalkan kerana telah menjadi kawasan riadah penduduk setempat sejak 30 tahun dahulu.

Sudut Lions di Taman Tasik Taiping beri peluang pengunjung berehat nikmati hutan hujan
Dikenali dengan kanopi pokok hujan-hujan berusia lebih 100 tahun, lokasi itu sedikit sebanyak mampu menampung kehadiran pengunjung.

PM beri bayangan lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah
Lebih banyak aktiviti sukan dan riadah akan dibuka selepas kelonggaran pertama yang diberikan bermula 9 September lepas.

Polis ambil tindakan tegas jika orang ramai beriadah tanpa SOP
Tindakan tersebut akan diambil sekiranya keadaan tidak dapat dikawal dan pengunjung terlalu ramai.