Peminat buah mangga harumanis tentunya sanggup ke Perlis untuk membelinya tetapi awas, ada penjual tidak bertanggungjawab mendakwa mereka menjual buah itu sedangkan ia adalah daripada jenis lain termasuk yang dibawa dari negara jiran.
Bagi mereka yang mahukan kepastian dan mendapat sedikit ilmu untuk mengenal buah yang harum dengan harga mencapai RM26 sekilogram, bolehlah singgah di ladang harumanis milik Jabatan Pertanian Perlis di Pusat Kecemerlangan Harumanis Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat di sini.
Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata selain dapat melawat kawasan ladang harumanis milik jabatan itu dengan menaiki kereta api khas yang disediakan, pengunjung juga diberi taklimat ringkas dan diajar bagaimana untuk mengenal mangga harumanis.
"Ini kerana ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjual mangga lain dan mendakwa ia harumanis.
"Jadi, pengetahuan itu dapat membantu mereka yang datang ke Perlis daripada ditipu penjual tidak bertanggungjawab," katanya selepas melawat ladang berkenaan di sini pada Khamis.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Mat Jusoh.
Sementara itu, Ahmad Zakaria berkata pokok mangga harumanis boleh ditanam di negeri lain selain Perlis, asalkan tempat itu mempunyai keadaan yang spesifik seperti negeri itu termasuk cuaca panas bagi tempoh dua hingga tiga bulan.
Menurutnya secara agronomi, pokok mangga harumanis yang sinonim dengan Perlis, boleh ditanam di mana-mana namun pengusahanya perlu memikirkan faktor penting seperti kesesuaian tanah serta cuaca.
"Kalau diikutkan di Malaysia ini kalau nak tanam apa pun boleh namun kesesuaian untuk berbunga mengikut keadaan pokok itulah. Proses pendebungaan memerlukan keadaan yang sesuai bagi pokok dan apabila bunga telah terbentuk menjadi buah, buahnya berisiko untuk gugur dengan banyak jika hujan," katanya.
Ahmad Zakaria berkata Perlis merupakan negeri kluster harumanis tetapi terdapat beberapa kajian dan percubaan menanam harumanis di beberapa lokasi seperti di Serdang, Johor dan Kedah untuk meningkatkan kuantiti buah itu.
Menurutnya Jabatan Pertanian juga sangat berhati-hati untuk menyarankan petani di luar Perlis menanam pokok harumanis kerana perubahan cuaca sekarang mempengaruhi indeks buah itu untuk masak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2017
Ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjual mangga lain dan mendakwa ia harumanis. - Gambar fail
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.
Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco
Kerajaan negeri cadangkan Harumanis gred premium A dijual RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram.
Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.
FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah
Sasaran untuk mengeksport ke negara Eropah berikutan potensi yang besar di samping memperkenalkan buah tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas cubaan membawa masuk daging tikus kering ke negara ini.
Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport
Tindakan itu juga diambil sebagai persediaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan buah gred A pada musim tuaian.
Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
"Berebut kuasa tidak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan UMNO," kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi
Kos tinggi, risiko kecurian menjadi cabaran kepada peladang harumanis.
Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.
Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis
Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak.