Jabatan Pertanian Perlis bekerjasama dengan sebuah syarikat teknologi maklumat, mybeecop Sdn Bhd membangunkan sistem kod 'QR' (quick response) yang boleh mengenal pasti pelekat ditampal pada mempelam harumanis asli.
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.
"Mempelam harumanis dihasilkan ladang-ladang berdaftar dengan Jabatan Pertanian akan diletakkan pelekat tersebut," katanya kepada media selepas pelancaran Festival Harumanis Perlis 2018 oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis Bukit Bintang di Sungai Batu Pahat di sini, pada Khamis.
Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Zulkepli Amin berkata kod QR yang diimbas akan memaparkan maklumat seperti ladang buah tersebut dikeluarkan, tarikh petik, tarikh masak dan sedia dimakan serta nombor telefon dan nama pengusaha ladang.
"Pengenalan kod QR menjadikan mempelam harumanis buah pertama di Malaysia menggunakan ciri-ciri pintar," katanya, sambil menambah lebih 20 peserta program Amalan Pertanian Baik (MyGAP) menjadi kumpulan pertama menggunakan kod tersebut pada musim yang bermula April ini.
Tuanku Syed Faizuddin dalam titah pelancarannya mahu Jabatan Pertanian memberi perhatian serius terhadap industri mempelam harumanis yang membantu industri agropelancongan negeri.
Baginda bertitah Jabatan Pertanian Perlis turut bekerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran berasakan harumanis seperti kosmetik dan sabun.
"Produk yang dihasilkan menggabungkan harumanis dengan aiskrim, nasi dagang harumanis, akok harumanis, dadih harumanis dan pau harumanis sebagai contoh, mendapat sambutan memberangsangkan daripada penggemar harumanis," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin mahu pengusaha ladang mempelam harumanis mendaftar dengan Jabatan Pertanian supaya mudah untuk dibantu termasuk tunjuk ajar dan mempelajari ilmu berkaitan penghasilan harumanis berkualti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018

Kod QR yang diimbas akan memaparkan maklumat seperti ladang buah tersebut dikeluarkan, tarikh petik, tarikh masak dan sedia dimakan serta nombor telefon dan nama pengusaha ladang. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Perak lancar portal agropelancongan pertama di Malaysia
Portal tersebut menghimpunkan lebih 200 pengusaha agro pelancongan di negeri itu, sebagai salah satu usaha mempromosikan pelancongan Perak.

Penanaman anggur jana ekonomi agropelancongan di Marang
Penanaman anggur di Malaysia sememangnya perlu mengambil kira pelbagai faktor terutamanya suhu dan sinaran cahaya matahari yang bersesuaian.

Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.

MAHA 2022 dijangka tarik 100,000 pengunjung sehari
MAHA 2022 merupakan ekspo yang mempamerkan pencapaian terkini dalam sektor industri agromakanan negara dan dunia.

3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini
Promosi 'Harumanis Kembali Lagi' sehingga 30 Jun dilancarkan hari ini, melibatkan pembabitan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.

Tengkujuh tidak halang aktiviti pelancongan berasaskan komuniti
Musim tengkujuh tidak merencatkan aktiviti pelancongan di Terengganu, sebaliknya program berkaitan komuniti giat dijalankan.

Hasil ladang Duriotourism Kuala Kangsar dijual secara dalam talian
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism miliknya di sini, bermula Isnin depan.

Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.

Limpahan manfaat agropelancongan kepada masyarakat luar bandar
Usaha kerajaan menggalakkan industri agropelancongan atau agrotourism ternyata memberi impak besar dalam meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dan peluang pekerjaan bagi masyarakat luar bandar.