IPOH: Perak melancarkan portal ECODOOR.MY, yang pertama di Malaysia, khusus bagi industri agropelancongan.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, portal itu yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) menghimpunkan kira-kira 200 pengusaha agropelancongan.
Menurutnya, portal itu akan mempromosikan destinasi agropelancongan yang unik di Perak untuk memudahkan pelawat mendapatkan pakej-pakej yang menarik.
“Menerusi pelancaran portal ini, kerajaan negeri berharap dapat meningkatkan kesedaran pelancong dalam dan luar negeri terhadap potensi agropelancongan di Perak, pada masa sama mencapai pertumbuhan yang signifikan dalam industri ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC Datuk Yahanis Yahya yang turut hadir berkata, portal berkenaan menyediakan platform bagi pengusaha agropelancongan mempromosi produk secara dalam talian.
Ia seterusnya mampu menjangkau ke pasaran yang lebih luas, khususnya pelancong luar negara.
Menurut beliau, pihaknya menyasarkan 50,000 pakej agropelancongan terjual sehingga hujung tahun ini, berikutan sambutan menggalakkan semasa berlangsung Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Resort Tasik Raban baru-baru ini.
“Kami mengalu-alukan penyertaan dan sokongan daripada semua pihak dalam usaha mewujudkan destinasi agropelancongan yang berjaya di Perak, selaras dengan Tahun Melawat Perak 2024,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan untuk meluaskan penyertaan portal itu kepada pemain industri seluruh negara, seperti beberapa portal penginapan yang ada.
Sempena pelancaran portal ‘ecodoor.my’ dan minggu cuti sekolah, diskaun 50 peratus diberikan kepada 50 orang terawal bagi aktiviti white water rafting, geopark adventure dan horseback ride di Selama, Gopeng dan Ulu Piah.
Abd Razak Mohd Ali
Sat May 25 2024

Dari kiri, Ketua Pegawai Strategi Perak SADC Asrol Azam Mohd Yusof, Yahanis, Loh dan wakil Tourism Perak. - Foto Perak SADC
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Perak lancar portal agropelancongan pertama di Malaysia
Portal tersebut menghimpunkan lebih 200 pengusaha agro pelancongan di negeri itu, sebagai salah satu usaha mempromosikan pelancongan Perak.

Sekuriti makanan: Perak SADC sedia RM306 juta peruntukan 2023
Usaha itu akan dijalankan menerusi dua segmen iaitu projek pelaburan dan program CSR yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat Perak.