PADANG BESAR: Larangan merentas negeri akibat penularan wabak COVID-19 tidak menjejaskan penjualan mangga Harumanis, apabila ia 'laku keras' dijual menerusi platform dalam talian.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Mohamad Paisal Amri berkata, dari awal musim sehingga kini, pihaknya berjaya menjual sebanyak 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.
"Permintaan Harumanis pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, apabila kita mendapat pasaran baharu ke Sabah menerusi penglibatan pihak swasta, bagi merancakkan lagi penjualan Harumanis secara e-dagang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamad Paisal berkata, FAMA akan sentiasa membantu pengusaha bagi meningkatkan hasil jualan mereka dari semasa ke semasa.
"Kita galakan pengusaha agar memberi tumpuan kepada jualan secara dalam talian, kerana ia pilihan terbaik ketika ini dikala negara dilanda wabak COVID-19," katanya.
Seorang pengusaha Harumanis Aziz Itam, 61, berkata, penjualan Harumanis secara dalam talian amat menggalakkan berbanding tahun lepas, namun hasil jualan secara bersemuka agak merosot akibat larangan merentas negeri.
"Perkhidmatan kurier tahun ini sangat baik, apabila buah yang dihantar sampai kepada pembeli dalam masa kurang dari tiga hari dan mendapat 'sambutan' positif," katanya.
Bapa kepada enam orang anak itu berkata, beliau menjual sebanyak 150 sehingga 200 kilogram dalam masa seminggu dan hampir satu tan matrik sepanjang bulan Ramadan.
"Anak-anak banyak membantu saya dalam melakukan jualan secara dalam talian menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp dan rata-rata pembeli adalah dari Kuala Lumpur, Pahang dan Johor," katanya.
Nada berbeza diberikan oleh Che Rus Man, 57, yang berkata, permintaan Harumanis pada tahun ini agak merosot daripada tahun sebelumnya.
"Tempoh matang buah untuk dituai yang tidak sekata menyebabkan pakcik menghadapi kesukaran dalam memasarkan buah kepada pemborong, menyebabkan hasil jualan tahun ini agak merosot," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 03 2021

Penjualan Harumanis secara dalam talian amat menggalakkan berbanding tahun lepas, namun hasil jualan secara bersemuka agak merosot akibat larangan merentas negeri. - Gambar hiasan

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.

Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco
Kerajaan negeri cadangkan Harumanis gred premium A dijual RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram.

Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.

FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah
Sasaran untuk mengeksport ke negara Eropah berikutan potensi yang besar di samping memperkenalkan buah tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas cubaan membawa masuk daging tikus kering ke negara ini.

Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport
Tindakan itu juga diambil sebagai persediaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan buah gred A pada musim tuaian.

Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
"Berebut kuasa tidak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan UMNO," kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi
Kos tinggi, risiko kecurian menjadi cabaran kepada peladang harumanis.

Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.

Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis
Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak.