KANGAR: Faktor cuaca yang tidak menentu dan kenaikan kos pertanian menyebabkan harga mangga Harumanis meningkat sebanyak 10 peratus berbanding musim lepas.
Exco Pertanian dan Asas Tani, Nurulhisham Yaakob berkata, kerajaan negeri mencadangkan agar Harumanis gred premium A dijual dengan harga RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram.
"Orang ramai juga boleh membeli Harumanis secara pakej iaitu RM110 sekotak dengan berat tiga kilogram bagi premium A dan RM185 bagi berat lima kilogram."
"Bagi gred premium B, sekotak Harumanis dengan berat tiga kilogram dijual pada harga RM95 dan RM160 bagi berat lima kilogram," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, keadaan cuaca panas dan hujan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan banyak putik mangga Harumanis gugur dan hasil tuian menurun.
"Selain itu, kos tanaman seperti baja dan racun meningkat kepada RM4 dan RM3 menyebabkan harga mangga Harumanis terpaksa dinaikan sekitar 10 peratus," katanya.
Nurulhisham berkata, kenaikan harga hasil pertanian ini terpaksa dibuat agar pengusaha mangga Harumanis tidak mengalami kerugian besar apabila kos pertanian seperti baja, racun dan upah meningkat sekitar RM3 hingga RM4.
"Pendekatan yang kita ambil adalah 'situasi menang-menang' iaitu pengusaha dapat mengurangkan kerugian dan kenaikan harga tidak membebankan pengguna," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat berkata, musim mangga tersebut agak panjang berbanding sebelum ini iaitu selama empat bulan bermula April hingga Julai nanti.
"Dapat dilihat terdapat pokok yang baru mengeluarkan bunga dan ini memberi ruang masa yang panjang kepada peminat Harumanis menikmati buah itu pada tahun ini," katanya.
Sementara itu, Nurulhisham berkata, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan untuk merasmikan pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis di Pusat Kecemerlangan Harumanis, Bukit Bintang pada 28 Mac ini.
Justeru, beliau menasihati pengusaha agar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis (JPN Perlis) bagi menjaga kualiti mangga Harumanis yang menjadi produk kebanggaan Perlis.
"Peminat Harumanis pula, bagi mengelak daripada tertipu, boleh merujuk laman sosial JPN Perlis sebelum membuat pembelian bagi mengenali bentuk mangga Harumanis," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022

Kerajaan negeri Perlis mencadangkan Harumanis gred premium A dijual RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.

Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco
Kerajaan negeri cadangkan Harumanis gred premium A dijual RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram.

Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.

FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah
Sasaran untuk mengeksport ke negara Eropah berikutan potensi yang besar di samping memperkenalkan buah tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas cubaan membawa masuk daging tikus kering ke negara ini.

Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport
Tindakan itu juga diambil sebagai persediaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan buah gred A pada musim tuaian.

Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
"Berebut kuasa tidak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan UMNO," kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi
Kos tinggi, risiko kecurian menjadi cabaran kepada peladang harumanis.

Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.

Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis
Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak.