IPOH: Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.
Bagi bekas doktor gigi Linda Pereira, 62, beliau berasa bagai berada di hujung nyawa saat menerima perkhabaran menghidap penyakit itu pada 2006, namun kini lebih bersikap positif dan menjalani kehidupan tenang bersama suami serta dua anak perempuannya.
Pejuang kanser berasal dari Sabah itu bersyukur mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada suami serta anak-anak dalam mengharungi proses rawatan kanser payudara itu semasa beliau bertugas di Sarawak.
"Pada mulanya sudah tentu saya panik sebab terkejut dan menangis hampir setiap hari kerana memikirkan anak-anak masih kecil ketika itu, tetapi saya mendapat nasihat dan sokongan daripada suami serta keluarga.
"Saya menjalani pemeriksaan mamogram dan menerima keputusan biopsi mengesahkan payudara kiri mempunyai sel kanser. Saya disaran untuk menjalani rawatan di Kuala Lumpur sejak 2009," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Fasa ke-6 Program Mamogram Percuma Etiqa bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di sini pada Rabu.
Pelancaran itu disempurnakan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Linda berkata pembedahan mengeluarkan sel kanser itu berjaya dilakukan dan beliau kemudian menjalani beberapa kali rawatan radioterapi dan kini perlu melakukan pemeriksaan secara berkala setiap tahun di hospital.
Beliau sehubungan itu menasihati wanita yang menghidap kanser supaya kekal positif dan jangan mudah berputus asa kerana kanser bukanlah pengakhiran kehidupan dan perlu menjalani sesi rawatan yang telah ditetapkan oleh doktor.
Linda kini menyertai Pink Unity di bawah naungan NCSM yang merupakan kumpulan sokongan kanser wanita di Malaysia dengan misi menyatukan pesakit kanser wanita dan pesakit kanser yang baru didiagnosis untuk menentang penyakit berkenaan.
Pada Rabu, Pengarah Urusan NCSM Prof Madya Dr M. Murallitharan dalam sembah ucapannya pada majlis pelancaran berkenaan berkata sebanyak 27,500 wanita dari Perak, Johor, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Penang, Kedah, dan Negeri Sembilan telah menjalani pemeriksaan mamogram secara percuma sejak 2017.
Beliau berkata pada fasa kelima, Etiqa telah menyumbang sebuah trak kesihatan yang dipanggil sebagai Klinik Saringan Bergerak Nasional Etiqa kepada pihak NCSM dan sehingga kini, trak kesihatan itu berjaya menyaring lebih 50,000 individu bagi kanser payudara, serviks dan prostat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Wanita yang menghidap kanser dinasihat supaya kekal positif dan jangan mudah berputus asa kerana kanser bukanlah pengakhiran kehidupan dan perlu menjalani sesi rawatan yang telah ditetapkan oleh doktor. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.

Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sepanjang kariernya, Jayachandran merakamkan lebih daripada 16,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi.

Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas Presiden yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis daripada kanser esofagus.

Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.

Rawatan kanser Raja Charles berjalan lancar, akan diteruskan tahun depan
Pasukan perubatan Raja Charles sentiasa memantau dengan teliti jadual acara rasmi baginda sejak kembali kepada tugas awam.

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di PPUM.

Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.

Hidup sejahtera menuju penuaan: Hadapi usia emas dengan yakin
DOSM melaporkan bahawa wanita secara amnya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki dengan purata lima tahun lebih lama.