Usianya baru 19 tahun. Mungkin masih terlalu hijau bagi sesetengah orang.
Namun Nor Farhatul Fairuzah Panut bukan gadis remaja biasa. Namanya menjadi bualan selepas menjuarai Tilawah dan menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, April lalu.
Tidak seperti kebanyakan remaja lain, Farhatul memilih al-Quran sebagai pendampingnya seharian. Seawal pagi, seusai solat Subuh, suara merdunya bergema, mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.
Dalam pertemuan dengan Astro AWANI baru-baru ini, Farhatul membuka sedikit sisinya yang mungkin tidak diketahui khalayak.
"Dahulu, saya pun macam orang lain. Di awal remaja, saya minat KPop dan menonton televisyen hingga lewat malam.
"Tetapi apabila meningkat dewasa, saya belajar untuk tinggalkan semua itu. Saya banyakkan masa dengan al-Quran dan bergaul dengan mereka yang cintakan al-Quran," cerita Farhatul.
BACA: Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun
Kata Farhatul, mahu mengubah sesuatu yang sudah menjadi tabiat atau kebiasaan bukan perkara mudah, namun dia percaya sedikit keazaman mampu membawa kesan positif.
"Dari Kpop, saya tukar minat kepada muzik dan lagu-lagu Arab. Ini kerana lagu-lagu Arab mempunyai persamaan dengan tarannum.
"Selain itu, saya juga amalkan untuk konsisten dalam latihan suara dan mengaji. Setiap pagi saya akan mengaji sebab kalau tinggalkan sehari, bimbang nanti akan jadi malas," ujarnya.
Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan ini menyifatkan niat sebagai elemen terpenting dalam memupuk rasa cinta terhadap al-Quran.
"Kena tahu kenapa kita belajar al-Quran. Sebagai orang Islam, kita semua tahu baca al-Quran, jadi janganlah berhenti di situ sahaja.
"Cari guru yang baik untuk bimbing kita dalam memupuk rasa cinta dan mempelajari al-Quran. Saya sendiri ada guru yang sentiasa mengingatkan saya untuk membaca al-Quran setiap hari," tambahnya.
Bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian al-Quran, Farhatul mahu menggunakan peluang dan pengaruh yang dimilikinya kini untuk mengajak anak muda mempelajari dan mencintai al-Quran.
"Saya berharap dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya dapat memupuk minat orang ramai terutama anak muda untuk mendalami pengajian tarannum dan al-Quran.
"Apa yang saya lakukan sekarang, setiap hari saya akan berkongsi entri-entri berkaitan ilmu tarannum di akaun Instagram. Saya harap ia sedikit sebanyak dapat membantu menarik minat khalayak," katanya yang memiliki 276,000 pengikut di Instagram dan lebih 32,000 subscribers di YouTube.
Farhatul yang kini memiliki jenama tudung Farha Looks juga meluahkan impian untuk melihat al-Quran diletak di tempat sewajarnya dalam kehidupan umat Islam.
"Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah kepada kita. Kalau kita biarkan sahaja al-Quran tanpa dibaca dan disentuh setiap hari, seolah-olah kita tidak menghargai pemberian itu.
"Sesibuk mana pun, tak ada alasan untuk tak baca al-Quran kerana sekarang sudah ada aplikasi di telefon pintar. Jadi kita boleh baca melalui telefon sahaja.
"Rugi sangat kalau kita tidak jadikan al-Quran sebahagian daripada hidup kita. Orang yang ada al-Quran, ada segala-galanya," katanya menutup perbualan.
Madiha Abdullah
Sat Sep 07 2019
Farhatul Fairuzah menyifatkan niat sebagai elemen terpenting dalam memupuk rasa cinta terhadap al-Quran. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.
KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution
Pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.
'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam
Naskhah yang diproses secara deinking dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.