Mohon jangan tertipu!

Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang mempromosi produk-produk yang didakwa produk kesihatan termasuk produk kecantikan, ujar Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah.

“Produk 'kecantikan' kebiasaannya adalah 'makanan tambahan'. Ianya tiada kelulusan KKM danan ianya tidak boleh merawat penyakit.

"Testimoni tidak boleh dipercayai. Mohon jangan tertipu!,” tegasnya dalam muat naik twitternya.


Dr Rafidah yang prihatin dengan kecenderungan masyarakat kini terlalu ‘obses’ untuk cantik dan kurus, turut mengingatkan, promosi-promosi produk tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan yang didakwa mujarab dan memberi kesan cepat kepada penggunanya.

Antara perkataan-perkataan yang dilarang adalah anti penuaan, anti stress, peratusan, penyembuhan lengkap, berkesan (untuk ubat tradisional dan suplemen), meningkatkan fungsi organ seks, ajaib serta terbaik didunia.

Tambahnya, untuk mempromosi makanan tambahan, ia tidak boleh menyebut rawatan apa-apa penyakit secara sewenang-wenangnya.

“Kalau ada sebut, kena ambil kelulusan pengiklanan.

"Nak buat iklan, buat betul-betul. Kena ambil kelulusan. Bukan suka-suka jer,” tegas doktor yang turut aktif sebagai anggota #MedTweetMY, himpunan Profesion Perubatan yang menjawab soalan netizen.

Dr. Rafidah turut mempersoalkan, keberanian masyarakat yang dilihat tidak langsung memikirkan kesan sampingan jangka panjang yang boleh memudaratkan.




Katanya, meskipun teruja untuk kelihatan ‘menarik, putih dan langsing,’ jangan sampai terlalu percaya dengan kemujaraban suplemen tersebut membuta tuli.

“Tapi apa yang saya nampak, semua macam tak kisah saja. Yang lagi pelik, masyarakat kita percaya pulak tu. Tak takut ke telan produk-produk ni?

"Tolong lah buat keputusan yang cerdik dan betul.”



Dalam pada itu, Dr. Rafidah juga menyentuh mengenai kandungan makanan tambahan yang didakwa menggunakan buah-buahan.



BACA: Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi

Sementara itu, menerusi laman Instagram dan Facebooknya, Dr. Rafidah turut memberi peringatan mengenai produk jamu.

Katanya, produk jamu tidak memberi kesan postif kepada kesihatan, tidak merawat penyakit dan boleh memberi kerosakan pada buah pinggang.