Kemas kini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia melalui aplikasi mudah alih Twitch.
Dengan langkah ini, ia membolehkan seseorang pemilik akaun Twitch untuk terus berkongsi perkembangan dengan para rakan-rakan dan pengikut mereka, di samping berinteraksi melalui pertanyaan soalan, bancian, dan sebagainya.
Ia turut memudahkan pengguna berkongsi klip dari penstriman, selain mempromosikan acara penstriman akan datang yang bakal dilakukan.
Ini sekali gus memperluaskan lagi penggunaan ciri berkenaan pada platform tersebut yang terhad pada teks dan gambar sahaja sebelum ini.
Ia juga selari dengan permintaan pengguna, terutamanya yang sudah selesa di Instagram atau TikTok pada hari ini.