KUALA LUMPUR : Tarikan terbaharu menanti pengunjung di Pavilion Bukit Jalil apabila gedung buku terbesar Jepun, Tsutaya Books, bakal membuka cawangan pertamanya di rantau ini pada penggal pertama 2022, di pusat beli-belah itu.
Digelar 'gedung buku tercantik di dunia', Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil mempunyai impian untuk menginspirasi dan mengubah gaya hidup menerusi konsep gedungnya - 'Cultivate Culture & Lifestyle' (Memupuk Budaya dan Gaya Hidup).
Ia menawarkan persekitaran kondusif untuk membina perwatakan, membentuk perhubungan dan mengukuhkan ikatan komuniti.
Ruang seluas 31,000 kaki per segi itu meliputi kedai buku, kafe, ruang cenderamata khas, dan kawasan aktiviti yang dibangunkan untuk memberi ruang istirahat dan inspirasi bagi komuniti.
Sesuai dengan imej dan penjenamaan 'TSUTAYA', Tsutaya Books membawa personaliti tersendiri, dengan menawarkan konsep unik di kawasan elit di mana tiada dua gedung yang serupa, seperti di T-Site di Daikanyama, Shibuya dan Ginza Six di Tokyo. Sejak itu, kedua-dua ‘TSUTAYA’ dan Tsutaya Books menjadi platform budaya pop Jepun yang menyeluruh, dan beroperasi di lebih 1,400 cawangan di seluruh dunia.
“Kami tidak sabar untuk melancarkan kedai buku kami yang pertama di Asia Tenggara di Pavilion Bukit Jalil, dan kami tidak sabar untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman ini buat kali pertama.
"Selari dengan visi kami untuk memupuk budaya dan gaya hidup, kami berharap dapat mencipta ruang buat keluarga dan kanak-kanak yang mencintai buku, rekaan, dan seni untuk membesar, meneroka dan membangun bersama di Tsutaya Books," ujar Ketua Tsutaya Books Malaysia, Hideyuki Uemoto.
"Satu penghormatan apabila Tsutaya Books memilih untuk membuka cawangan pertama di Asia Tenggara di Pavilion Bukit Jalil. Ini meningkatkan lagi tawaran kami selain penyewa sedia ada di pusat beli-belah ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., Datuk Joyce Yap.
Selain memiliki variasi bahan bacaan terbesar, Tsutaya Books juga menawarkan pasukan concierge yang menawarkan syor peribadi dan bimbingan kepada pengunjung berdasarkan genre yang disukai.
Banyak lagi nilai tambah gedung buku berkenaan, antaranya ruang khusus untuk aktiviti mesra keluarga, taman permainan, dan kawasan rak buku rendah untuk memupuk hobi membaca bagi kanak-kanak, hadiah dan cenderamata, seni dan kraf, barangan hiasan dalaman, minyak wangi dan banyak lagi,
Tidak lupa juga, pengunjung boleh menikmati seleksi minuman dan pastri di kafe gaya hidup yang disediakan.
Astro Awani
Tue Jan 04 2022
Cawangan Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil bakal menjadi yang pertama di Asia Tenggara, dan bertujuan membawa misi memupuk budaya dan gaya hidup masyarakat.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Gedung buku terbesar Jepun, Tsutaya, buka cawangan di Pavilion Bukit Jalil
Ruang 31,000 kaki per segi itu meliputi kedai buku, kafe, ruangan cenderamata khas, dan kawasan aktiviti untuk memberi ruang istirahat dan inspirasi bagi komuniti.