MEMPUNYAI masalah 'man boobs' atau bahasa perubatannya 'GYNAECOMASTIA' sering dijadikan bahan jenaka.

Ia merupakan satu bentuk gangguan hormon pada tubuh seorang lelaki sehingga menyebabkan dadanya terlalu membonjol sehingga kelihatan adakalanya seolah-olah payu dara pada wanita.

Bagi lelaki yang mengalaminya, ia sering mengundang perasaan malu serta kurang keyakinan terhadap penampilan diri.

Fenomena 'buah dada lelaki' ini bukan sesuatu yang baharu. Ia boleh dialami oleh 'kaum Adam' pada segenap usia -- daripada kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.

Menurut laporan National Institute of Health Amerika Syarikat , 'buah dada lelaki' ini akan mula menonjol akibat peningkatan tahap hormon estrogen ataupun penurunan tahap hormon testosteron.

Selain itu, 'buah dada lelaki' juga boleh terjadi akibat pengumpulan lemak yang meningkat yang dikenali sebagai ‘pseudo-gynecomastia.'

BACA JUGA: Tupai mempunyai 'payu dara besar'

Jenis ini seringkali dilihat pada lelaki yang mengalami berat badan berlebihan ataupun obes.

Walaupun kemunculan 'buah dada' pada lelaki tidak semestinya menimbulkan masalah kesihatan yang serius, namun ia mungkin muncul sebagai simptom kepada masalah kesihatan lain seperti hormon tidak seimbang ataupun berat badan berlebihan.

Namun sekiranya simptom-simptom berikut muncul, anda sewajarnya mempertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor:

Jika ia tidak mendatangkan masalah kesihatan, ia tidak patut menjadi punca kurang keyakinan dalam kalangan lelaki dan sebaliknya diterima sebagai rupa badan yang normal!

Bagaimanapun ini beberapa tip yang boleh diamalkan lelaki untuk membina otot lebih pejal dan mengurangkan penampilan seakan berpayu dara atau mengelak pandangan sinis.



Buat pemeriksaan

Sebelum mengamalkan sebarang bentuk diet atau rejimen latihan. Maklumkan kepada doktor mengenai kebimbangan anda dan sasaran yang ingin anda capai untuk lebih selamat. Minta juga doktor periksa paras hormon anda.

Makan secara lebih sihat

Bukan lagi rahsia makan secara sihat dan mengurangkan kadar kalori dapat mengurangkan berat badan. Langkah pertama seharusnya tetapkan sasaran anda dan berusaha mengamalkannya setiap hari. Ramai yang makan secara rambang, maka dengan mencatatkan rekod apa yang kita makan diharap dapat membuka mata masalah yang sebenarnya.

Buat latihan angkat beban

Latihan mengangkat beban atau berat adalah satu cara terbaik untuk mebina otot-otot di bahagian-bahagian yang disasarkan dan membantu membakar kalori, berbanding cara latihan yang lain.

Membuat senaman ‘push-up’ atau ‘tekan tubi’pula adalah contoh latihan terbaik untuk bahagian otot dada.


Selamat mencuba!